61 aduan buli pelajar sekolah, 44 kes babitkan fizikal

13 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 61 aduan buli pelajar sekolah, 44 kes babitkan fizikal

KUALA LUMPUR – Tribunal bagi Antibuli (TAB) menerima 61 aduan buli yang membabitkan murid sekolah rendah dan menengah di negara ini, dengan buli fizikal merekodkan kes tertinggi dilaporkan iaitu 44 aduan.

Selain itu, tujuh aduan pula membabitkan buli emosi atau psikologi, enam buli lisan atau bahasa, dua buli siber berbentuk lisan atau bahasa dan masing-masing satu aduan bagi buli sosial serta buli siber berbentuk sosial.

Bagaimanapun, dari 16 Jun hingga 8 Oktober lalu, tiada aduan buli siber berbentuk emosi atau psikologi direkodkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan penubuhannya.

Menurut Presiden TAB, Nurul Husna Awang, daripada 14 aduan buli yang ditetapkan untuk pendengaran, lapan daripadanya sudah selesai dengan keputusan setakat 8 Oktober lalu.

“Daripada lapan pendengaran yang diselesaikan, empat aduan memihak kepada pengadu, manakala empat lagi memihak kepada responden.

“Ada lima aduan yang ditetapkan untuk pendengaran oleh TAB selepas pengadu membuat laporan kepada Jawatankuasa Pencegahan dan Pengurusan Kes Buli di institusi pendidikan, namun aduan itu tidak diuruskan sewajarnya jawatankuasa itu,” katanya.

Berdasarkan kes yang dikendalikan TAB setakat ini, beliau berkata, terdapat ruang untuk memperkukuh kefahaman mengenai peranan JPPKB, pelaksanaan tatacara pengurusan aduan serta penyelarasan langkah pencegahan dan intervensi di sekolah.

Katanya, TAB mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan aduan sedemikian mengikut Seksyen 29(2)(a)(i) dan (B) Akta Antibuli 2026 (Akta 876)

“Bagaimanapun, pemerhatian ini terhad kepada kes yang dikendalikan oleh TAB dan tidak menggambarkan keadaan keseluruhan sekolah. Penilaian yang lebih menyeluruh memerlukan pandangan Kementerian Pendidikan (KPM) dan agensi berkaitan,” katanya.

The post 61 aduan buli pelajar sekolah, 44 kes babitkan fizikal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved