61 tik@man dari wajah hingga kaki, ini kronologi pembun*han pelajar kolej. Suspek didakwa 4 kali cuci darah dalam kereta bapa hingga pagi

14 May 2026 • 11:35 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 61 tik@man dari wajah hingga kaki, ini kronologi pembun*han pelajar kolej. Suspek didakwa 4 kali cuci darah dalam kereta bapa hingga pagi

KES pembun*han melibatkan seorang penuntut kolej baru-baru ini benar-benar menyayat hati. 

Ditikam 61 kali dari wajah hingga ke kaki, suspek yang merupakan kenalan alam maya mencetuskan perhatian kerana perbuatan kejamnya itu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat  percaya pembun*han tersebut mungkin berlaku secara tidak terancang selepas suspek utama berusia 19 tahun berasa terancam sehingga  bertindak di luar kawalan. Kebanyakan kesan tikam@n ditemui pada bahagian kanan badan mangsa dipercayai akibat tindakan agresif suspek.

Berikut adalah laporan kejadian berdasarkan siasatan awal Polis Kelantan yang dipetik daripada rancangan 999:

1-Mangsa dijemput dari kediamannya oleh seorang lelaki iaitu suspek pertama berusia 23 tahun pada kira-kira 12 lebih tengah hari untuk membeli nasi bungkus ayam gepuk dan pada jam 1, mangsa dihantar pulang menaiki Honda City berwarna hitam.

2-Pada sebelah malam, mangsa keluar dengan suspek kedua berusia 19 menaiki Perodua Bezza dan dibawa untuk makan di sebuah kedai di Wakaf Bharu. Hal berkenaan dikongsi mangsa menerusi WhatsApp status miliknya.

3-Difahamkan, mangsa dan suspek baharu sahaja berkenalan selama sehari menerusi  aplikasi rangkaian sosial.

4-Selepas makan, kira-kira 11 malam, menurut Mohd Yusoff  dia percaya mungkin berlaku pergaduhan ketika dalam perjalanan yang menyebabkan suspek utama marah sehingga terjadinya pembun*han.

Image from: 61 tik@man dari wajah hingga kaki, ini kronologi pembun*han pelajar kolej. Suspek didakwa 4 kali cuci darah dalam kereta bapa hingga pagi

5-Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai singgah ke rumahnya terlebih dahulu untuk mengambil senjata pembun*han iaitu pisau.

6-Tragedi pembun*han berkenaan dipercayai berlaku di dalam kereta ketika dalam perjalanan menghantar mangsa pulang.

7-Suspek memandu kereta namun berpatah balik di tempat mayat ditemui.

8-Jarak rumah suspek dengan lokasi mayat mangsa ditemui dianggarkan sejauh 5 kilometer.

9-Difahamkan, pada malam kejadian, mangsa didakwa membuka pintu kereta itu sendiri sebelum terjatuh. Namun, disebabkan kecederaan parah yang dialami, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

10-Selepas mangsa terjatuh, suspek dikatakan terlihat cahaya dari sebuah kenderaan sedang menghampiri dan menyebabkan lelaki berkenaan bergegas meninggalkan mangsa di lokasi berkenaan.

Image from: 61 tik@man dari wajah hingga kaki, ini kronologi pembun*han pelajar kolej. Suspek didakwa 4 kali cuci darah dalam kereta bapa hingga pagi

11-Suspek dikatakan pulang ke rumah dan  singgah di kawasan tali air berdekatan rumahnya untuk menghapuskan bukti bagi mengaburi pihak berkuasa.

12-Dalam tempoh kurang 24 jam, polis berjaya menahan remaja tersebut bersama ibu bapanya yang berusia 60 dan 66 tahun disyaki bersubahat melindungi tertuduh.

13-Menurut Mohd Yusoff, semasa serbuan dilakukan di kediaman suspek, ibu bapa berkenaan ada bersama. Kereta yang disyaki digunakan untuk pembun*han berkenaan adalah milik bapanya.

14-Kedua ibu bapa berkenaan didakwa tidak memberikan kerjasama walaupun mengetahui dan melihat anaknya membersihkan kesan darah di dalam kereta berkenaan.

15-Diifahamkan, suspek membersihkan kereta berkenaan sebanyak tiga hingga empat kali bermula jam 12 tengah malam hingga ke pagi.

16-Turut dirampas ialah sebilah pisau, telefon bimbit dan sebuah Perodua Bezza berwarna putih untuk siasatan lanjut pihak forensik.

Image from: 61 tik@man dari wajah hingga kaki, ini kronologi pembun*han pelajar kolej. Suspek didakwa 4 kali cuci darah dalam kereta bapa hingga pagi

Dalam perkembangan berkaitan, suspek yang merupakan anak bongsu 12 beradik berhadapan pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman m@ti atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman m@ti.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bun*h berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes dan laporan pakar pada 2 Julai ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diiikat jamin sementara ibu bapanya dibebaskan dengan ikat jamin selepas direman tiga hari sejak 2 Mei.

Manakala suspek kedua berusia 23 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Pihak polis meminta orang ramai untuk memantau pergerakan anak-anak dan memeriksa telefon bimbit.

Penggunaan aplikasi tertentu untuk mendapatkan kenalan juga perlu dipantau kerana ia terbukti mendorong kepada berlakunya jenayah.

Remaja juga dinasihatkan untuk tidak mendapatkan kenalan menerusi aplikasi dalam talian tanpa mengetahui latar belakang yang mungkin boleh membahayakan.

Sumber: YouTube