Tragedi 61 Tik*man: Suspek Utama Pemb*nuhan Penuntut Kolej Dituduh Khamis Ini

LocalPolitics
5 May 2026 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 05 05T164809.523

Misteri pembunuhan kejam seorang penuntut kolej yang ditemui maut dengan 61 kesan tikaman di seluruh badan Jumaat lalu akhirnya menemui titik noktah apabila suspek utama dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan bahawa pihak polis kini sedang giat melengkapkan kertas siasatan yang kini sudah mencapai tahap 70 peratus siap. Sebaik sahaja proses tersebut selesai, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

3509619

“Hanya seorang suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dijangka Khamis ini, manakala seorang lagi akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Mayat Ditemui Tanpa Identiti

Dalam kejadian ngeri pada jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, mayat mangsa wanita berkenaan ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mangsa dipercayai telah dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibawa dan dibuang di kawasan terbabit bagi tujuan melupuskan bukti.

Empat Individu Ditahan Sebelum Ini

Rentetan daripada penemuan mayat tersebut, polis telah menahan reman empat individu bagi membantu siasatan, termasuk dua warga emas yang merupakan ibu bapa kepada salah seorang suspek. Walau bagaimanapun, pasangan warga emas tersebut telah pun dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek utama berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.