64 Pusat Mengundi Awal PRN Johor Dibuka Tepat 8 Pagi

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 8:45 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: 64 Pusat Mengundi Awal PRN Johor Dibuka Tepat 8 Pagi

JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) — Sebanyak 64 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dibuka tepat pada 8 pagi ini bagi membolehkan 24,751 anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 12,041 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama pasangan akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 11 pusat mengundi ditetapkan.

Baki 12,710 pemilih terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama dengan pasangan pula dijadualkan menunaikan hak mereka di 53 pusat mengundi.

Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan SPR bermula dari 12 tengah hari ini hingga 6 petang.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan cuaca di kebanyakan kawasan dilaporkan cerah hari ini.

Sabtu ini, kira-kira 2.7 juta pengundi biasa bakal menentukan mandat di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

The post 64 Pusat Mengundi Awal PRN Johor Dibuka Tepat 8 Pagi appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved