Memang kuat! Ramanan yakin sokongan kaum India terhadap PH makin kukuh

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 5:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Harapan (PH) disifatkan terus kukuh menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

Keyakinan dilihat menerusi sambutan diterima

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan menyatakan, keyakinan itu dapat dilihat menerusi sambutan yang diterima dalam setiap program anjuran Kerajaan Madani membabitkan komuniti India.

“Saya rasa sokongan kaum India terhadap PH tidak boleh dipertikaikan. Memang kuat.
“Kalau kita lihat setiap program yang kerajaan anjurkan untuk komuniti India, sambutannya sentiasa penuh dan itu bukti mereka berdiri teguh di belakang PH,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Program Celik Madani 2026 dan Dharma Madani Zon Selatan.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Image from: Memang kuat! Ramanan yakin sokongan kaum India terhadap PH makin kukuh

Masyarakat India bawah Kerajaan MADANI tidak dipinggirkan

Menteri Sumber Manusia itu turut menyatakan masyarakat India di bawah Kerajaan Madani tidak pernah dipinggirkan, malah penggunaan sepenuhnya peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selama tiga tahun berturut-turut membuktikan komitmen kerajaan terhadap komuniti tersebut.

“Selama 19 tahun, peruntukan itu tidak pernah digunakan sepenuhnya dan telah dipulangkan semula kepada kerajaan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin tak kisah dana itu digunakan atau tidak.
“Namun di bawah Kerajaan Madani, peruntukan itu digunakan sepenuhnya selama tiga tahun berturut-turut. Sebab itu Perdana Menteri meluluskan tambahan peruntukan sebanyak 50 peratus kepada RM150 juta,” katanya.

Image from: Memang kuat! Ramanan yakin sokongan kaum India terhadap PH makin kukuh

Pada majlis sama, Ramanan turut menyampaikan surat kelulusan Program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Celik Madani 2026 yang memperuntukkan RM10 juta bagi membantu kanak-kanak India berusia empat hingga enam tahun daripada keluarga B40 mendapatkan akses kepada pendidikan awal yang berkualiti.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM8.87 juta telah diluluskan melibatkan 162 tadika swasta di seluruh negara, sekali gus memberi manfaat kepada 3,612 kanak-kanak India.

Sumber: Utusan Malaysia (Nor Shahfiqah Mohd. Ghazali)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved