65,000 peminat Siti Nurhaliza 'gegar' Stadium Nasional Bukit Jalil

LocalEntertainment
11 Jan 2026 • 12:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil menarik kira-kira 65,000 peminat dengan penampilan mengagumkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada usia 46 tahun.

KONSERT Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil menarik kira-kira 65,000 peminat dengan penampilan mengagumkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pada usia 46 tahun.

Suasana konsert semakin meriah dengan aksi unik Siti mempersembahkan lagu 'Purnama Merindu' dari atas sebuah kren serta mengajak peminat berjoget lambak.

Penghormatan diberikan kepada Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain dengan lagu 'Cindai' dalam konsert yang juga menampilkan artis tempatan dan dari Indonesia, Cakra Khan.

Pada usia 46 tahun, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin masih mampu mempamerkan mutu persembahan yang mengagumkan di atas pentas.

Sebagai pembuka, Siti tampil unik apabila mempersembahkan lagu ‘Purnama Merindu’ dari atas sebuah kren.

Suasana stadium bertambah meriah apabila peminat pelantun lagu 'Bukan Cinta Biasa' itu turut diajak untuk ‘berjoget lambak’.

Antara irama yang mengiringi aksi tersebut termasuk beberapa rangkaian lagu tradisional popular seperti ‘Joget Menanti Kasih’ dan ‘Ya Maulai’.

Peminat juga didendangkan dengan beberapa lagi lagu popular penyanyi nombor satu negara itu yang menjadi siulan pelbagai generasi.

Penghormatan turut diberikan kepada Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Ngah’ apabila Siti menyampaikan lagu ‘Cindai’.

Konsert itu turut diserikan dengan penampilan beberapa artis tempatan lain seperti Hafiz Suip dan Noh Salleh selain penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza antara lain merupakan sebuah simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seni Siti sepanjang 30 tahun dalam dunia seni.

View Original Article