“Mama tak kelip mata..”- Syed Saddiq kongsi momen manis di konsert Siti Nurhaliza

LocalEntertainment
11 Jan 2026 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ahli keluarganya di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil menarik perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di platform TikTok pada Ahad, Syed Saddiq berkongsi pengalaman membawa ibunya menghadiri konsert biduanita negara itu malam tadi.

Syed Saddiq kongsi momen manis di konsert Siti Nurhaliza

image is not available

Dalam video yang dimuat naik dengan kapsyen, “POV: You bring your mum pergi concert Tok Ti”, beliau memaklumkan ibunya “tidak berkelip mata” sepanjang persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang merupakan idola ibunya sejak dahulu.

“Idola sepanjang hayat dia, di atas pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza,” tulis Syed Saddiq.

image is not available   image is not available

image is not available

image is not available

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah kerana membantu memastikan kehadiran mereka ke konsert yang menyaksikan puluhan ribu peminat berhimpun meraikan tiga dekad perjalanan seni Siti Nurhaliza.

“Terima kasih Bella Astillah kerana merealisasikan hal ini,” katanya.

image is not available

Turut mencuri perhatian, peminat teruja melihat Syed Saddiq dan Bella menaiki LRT menuju ke stadium sebelum itu.

image is not available

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap hormat dan kelembutan Syed Saddiq terhadap ibunya.

Artikel lain: Syed Saddiq dedah azam 2026, beri bayangan ada ‘hari istimewa’ dengan Bella Astillah

image is not available image is not available image is not available image is not available

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love menandakan usia karier Siti Nurhaliza yang kini menjengah tiga dekad, menyaksikan beliau mempersembahkan lagu-lagu popularnya dari setiap era.

Sumber: IG Syed Saddiq

View Original Article