65,699 PATI ditahan setakat 16 Oktober

23 Oct 2026 • 5:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 65,699 PATI ditahan setakat 16 Oktober

PETALING JAYA – Seramai 65,699 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) menerusi 11,110 operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 16 Oktober lalu.

JIM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, operasi berkenaan turut menyaksikan 148,153 individu diperiksa, manakala 1,966 majikan ditahan dalam tempoh sama.

“Bagi tempoh 12 hingga 16 Oktober lalu, sebanyak 252 operasi dilaksanakan dengan 4,907 individu diperiksa. Daripada jumlah itu, seramai 2,156 PATI dan 51 majikan ditahan.

“JIM turut merekodkan 45,597 penghantaran pulang warga asing ke negara asal bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, kutipan kompaun bagi tempoh sama pula berjumlah RM41.26 juta daripada majikan dan RM37.12 juta daripada PATI.

Sementara itu, Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) merekodkan 312,146 pendaftaran dengan kutipan kompaun berjumlah RM155.99 juta. – KOSMO! ONLINE

The post 65,699 PATI ditahan setakat 16 Oktober appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved