Dua tekong darat terima upah RM200 bawa seorang PATI dicekup PGA

23 Oct 2026 • 9:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua tekong darat terima upah RM200 bawa seorang PATI dicekup PGA

KOTA BHARU: Dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong darat yang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) mengakui menerima upah sebanyak RM200 untuk membawa seorang pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kedua-dua lelaki itu ditahan dalam serbuan berasingan bersama tujuh migran warga Myanmar dan China di Kok Lanas dekat sini.

Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Husain berkata, serbuan pertama melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang ditahan dari arah Kampung Melor menghala ke Kok Lanas.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat empat PATI masing-masing dua warganegara China dan dua warganegara Myanmar.

“Dua warganegara China itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala migran Myanmar memiliki pasport, namun tidak mempunyai cop keluar masuk ke Malaysia melalui jalan yang sah.

“Kesemua migran dan tekong yang ditahan itu berusia antara 38 hingga 20 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, serbuan kedua di lokasi sama membawa kepada tangkapan seorang tekong darat bersama empat wanita warga Myanmar.

Katanya, semakan mendapati semua migran menggunakan pasport yang tidak mempunyai cop keluar masuk ke Malaysia melalui jalan yang sah.

“Hasil soal siasat mendapati kedua-dua lelaki berkenaan memaklumkan mereka mengambil migran di sekitar Kampung Peringat dan Melor. Siasatan awal turut mendapati migran berkenaan dihantar kepada mereka oleh seorang lelaki Melayu menggunakan kereta.

“Kedua-dua suspek mengaku menerima tawaran upah RM200 daripada seorang individu dikenali sebagai ‘Ah Siong’ bagi setiap migran yang dibawa dari Kelantan ke Kuala Lipis,” ujarnya.

Ahmad Radzi berkata, kesemua tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

The post Dua tekong darat terima upah RM200 bawa seorang PATI dicekup PGA appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved