7,000 Banjiri Neon Music Festival, Penganjur Janji Line-Up Lebih Padu Tahun Depan!

10 Oct 2023 • 7:06 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seramai lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan Neon Music Festival yang berlangsung gilang-gemilang di Surf Beach Sunway Lagoon pada Jumaat lalu.

Menggabungkan muzik, seni dan makanan enak, Neon Music Festival (NMF) kembali selepas sekian lama 'berehat'.

Ujar Pengarah Urusan HiFive Entertainment, Sean Pereira, pihaknya terharu dengan sambutan luar jangka yang diterima untuk festival tahun ini dan terus optimis menyediakan platform kepada bakat tempatan untuk lebih menyerlah.

"Kami sangat teruja dan tak menyangka dengan sambutan yang diterima kali ini. Malah, kami juga terharu dapat memberikan sebuah acara bertaraf antarabangsa kepada peminat di Malaysia.

"HiFive Entertainment sedang dalam misi untuk menyediakan platform kepada bakat tempatan dengan memberikan pendedahan untuk berkongsi pentas dengan artis dari luar negara," katanya kepada Gempak.
 






image is not available


image is not available


image is not available


image is not available









image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved