Buat ‘kerja sambilan’ pandu lori, JPJ tahan remaja 13 tahun

4 Jun 2023 • 2:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang remaja berusia 13 tahun ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Shah Alam, semalam kerana dikesan memandu lori, yang didakwa sebagai kerja sambilannya.

Penahanan itu dilakukan kira-kira 12.20 tengah hari selepas pihak berkuasa mengesan lori jenis ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah JPJ negeri, Khairul Khar Yahya, berkata pemeriksaan lanjut pihaknya kemudian mendapati lori tanpa muatan itu dinaiki dua remaja lelaki yang juga adik-beradik.

“Siasatan awal mendapati remaja itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori milik syarikat keluarganya. Remaja tersebut bersama abangnya berusia 15 tahun yang merupakan kelindan.

SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more “Selain memandu di bawah umur, kita mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) dan tiada tanda had laju,” katanya, menurut Kosmo.

Khairul Khar berkata, pihaknya menyita lori itu mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok bagi tindakan lanjut.

“Memandu di bawah umur juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 akta sama,” ujarnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.