7 Siri Dengan ‘Rating’ Tertinggi Di IMDb, Yang Mana Anda Pernah Tonton?

Entertainment
30 Apr 2023 • 7:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada zaman sekarang, banyak drama bersiri menarik dan mempunyai peminat yang ramai dari serata dunia. Antara siri yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini adalah Stranger Things, Money Heist dan Wednesday.

Namun pernahkan anda terfikir, siri manakah yang dianggap terbaik sepanjang zaman oleh kebanyakan peminat? Untuk itu, mari kita lihat senarai siri dengan rating tertinggi di laman web IMDb.

1. Sherlock (9.1/10)

Siri Sherlock mengisahkan tentang seorang detektif bernama Sherlock Holmes yang mampu untuk menyelesaikan pelbagai misteri dan kes jenayah di London. Holmes dibantu oleh pembantu yang juga rakan serumahnya, Dr. John Watson.

Siri ini memang sesuai buat mereka yang gemarkan misteri dan genre penyiasatan. Wajib tonton!

2. Game of Thrones (9.2/10)

Game of Thrones (GoT) adalah sebuah siri berdasarkan siri novel fantasi yang ditulis oleh R.R. Martin. Siri ini mengisahkan tentang sembilan keluarga bangsawan yang berjuang untuk menakluk tanah Westeros. Dalam pada masa yang sama, musuh purba kembali menghantui mereka selepas beribu tahun mendiamkan diri.

Siri ini boleh dikatakan mempunyai peminat yang ramai dari seluruh dunia. Penggemar kisah fantasi memang wajib tonton!

3. The Sopranos (9.2/10)

The Sopranos adalah sebuah drama bersiri Amerika Syarikat yang diarahkan oleh David Chase. Siri ini mengisahkan tentang Tony Soprano, seorang lelaki berbangsa Itali-Amerika yang menghadapi kesukarannya dalam menjaga keluarga dan memjalankan peranannya sebagai ketua organisasi gelap.

Siri ini dikatakan adaptasi daripada kisah benar Vincent Palermo, seorang mafia yang terkenal pada tahun 1999.

4. The Wire (9.3/10)

Siri The Wire mengisahkan tentang sebuah unit polis dalam melawan pelbagai masalah. Pada musim pertama, mereka berhadapan dengan sindiket dadah yang begitu bijak dalam menjalankan perniagaan mereka.

Siri ini sesuai buat mereka yang gemarkan genre siasatan!

5. Chernobyl (9.4/10)

Siri ini diilhamkan daripada bencana letupan jana kuasa nuklear Chernobyl yang berlaku pada April 1986. Apa yang terjadi semasa letupan tersebut berlaku? Bagaimana mangsa di situ menyelamatkan diri? Semuanya terjawab di dalam siri ini!

Bagaimanapun harus diingati, jalan cerita ini tidaklah semuanya tepat berdasarkan kejadian letupan tersebut. Menurut pengarah siri ini, jalan ceritanya ada yang direka dan ditambah untuk mencantikkan lagi plot.

6. Band of Brothers (9.4/10)

Siri ini diadaptasi daripada kisah sebenar Kompeni ‘Easy’ tentera Amerika Syarikat dalam misi mereka di Perang Dunia ke-2. Siri ini mula ditayangkan pada 2001 dicipta oleh dua nama besar, Tom Hanks dan Steven Spielberg.

Penggemar filem perang boleh cuba tonton siri ini!

7. Breaking Bad (9.5/10)

Breaking Bad mengisahkan entang seorang guru subjek Kimia bernama Walter White yang memerlukan wang untuk menampung keluarganya. Isterinya sedang mengandung anak kedua, anak pertamanya pula menghidap penyakit cerebral palsy dan Walter White menghidap kanser.

Untuk mencari jalan pintas, dia mengajak anak muridnya, Jesse Pinkman untuk memasak dan menjual dadah. Sejak dari saat itu, mereka berdua menjadi sosok yang ditakuti dalam dunia gelap.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.