70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

Family & ParentingLifestyle
24 Apr 2026 • 9:47 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Ucapan Selamat Hari Ibu adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada insan yang bergelar ibu.

Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada bulan Mei setiap tahun sebagai hari yang istimewa untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu. 

Tahun ini, Hari Ibu disambut 10 Mei 2026 (Ahad).

Rujuk contoh ucapan Selamat Hari Ibu untuk ibu, mertua dan isteri yang sweet dan menyentuh hati bagi mengungkapkan rasa terima kasih kepada mereka di bawah. Disertakan juga hadis berkaitan ibu sebagai rujukan.

Tarikh Hari Ibu 2026

Sambutan Hari Ibu berbeza-beza pada setiap negara. Ada yang menyambutnya pada bulan Mac, Disember dan sebagainya. 

Ini adalah kerana sebahagian negara mengikuti tarikh rasmi Hari Ibu yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah pada Ahad kedua bulan Mei, manakala sesetengah negara mempunyai cuti dan perayaan tradisional mereka sendiri yang kini juga disebut sebagai Hari Ibu.

Di Malaysia, pada tahun 2025 ini, Hari Ibu disambut pada pada hari Ahad, 10 Mei 2026 (Ahad).

Sambutan ini jatuh pada Ahad kedua bulan Mei, yang merupakan tradisi sambutan Hari Ibu di Malaysia dan juga di banyak negara lain di seluruh dunia.

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

BACA JUGA: Ikan Untuk Ibu Berpantang – 18 Jenis Ikan Berkhasiat Tinggi

Ibu adalah merupakan sosok yang tiada bandingannya, sentiasa bersedia memberikan segala yang terbaik untuk anak-anaknya tanpa mengharapkan balasan. 

Ucapan Selamat Hari Ibu sedikit sebanyak dapat membuatkan mereka yang bergelar ibu rasa dihargai.

Ucapan Selamat Hari Ibu untuk Ibu Kandung

1. Terima kasih, ibu, kerana menjadi pelita dalam kegelapan, kekuatan dalam kelemahan, dan kasih sayang dalam setiap langkah hidupku. Selamat Hari Ibu!

2. Ibu, engkaulah pahlawanku yang sejati. Tiada kata yang dapat mengungkapkan betapa besar pengorbanan dan cinta yang engkau berikan. Terima kasih ibu dan Selamat Hari Ibu!

3. Hari Ibu bukan hanya tentang mengucapkan terima kasih, tetapi juga tentang menghargai setiap detik bersamamu. Semoga cinta dan kasih sayangmu sentiasa mengalir dalam hidupku. Selamat Hari Ibu, ibu tercinta!

4. Di setiap doa yang kupanjatkan, namamu selalu menjadi yang pertama. Terima kasih ibu kerana menjadi inspirasi dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!

5. Ibu, dalam setiap langkah hidupku, engkaulah yang selalu bersamaku. Pengorbananmu tiada tara, dan kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu, ibu terhebat di dunia!

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

6. Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada ibu. Engkau adalah teladan sempurna tentang kasih sayang dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu!

7. Pengorbananmu tiada tara, kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu kepada wanita yang penuh kekuatan dan cinta!

8. Kasih sayang seorang ibu adalah ladang yang subur bagi cinta sejati. Terima kasih atas segala yang engkau lakukan. Selamat Hari Ibu!

9. Hari ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu, yang telah mengajariku arti sejati tentang cinta dan pengorbanan. Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta!

10. Ibu, engkau adalah contoh sejati tentang kekuatan dan ketabahan. Terima kasih untuk segala dukunganmu. Selamat Hari Ibu!

11. Pada Hari Ibu ini, aku ingin menyampaikan rasa terima kasihku yang tak terhingga kepada ibu, yang selalu menjadi benteng pertahanan dan pelindung dalam hidupku. Selamat Hari Ibu!

12. Ibu, dengan segala kelembutan dan kekuatanmu, engkaulah yang selalu memberikan sinar dalam kegelapan. Terima kasih atas cinta dan pengorbananmu. Selamat Hari Ibu!

13. Kepada ibu tercinta, terima kasih untuk segala hal lucu dan kenangan indah yang telah dilalui bersama. Selamat Hari Ibu, semoga ibu sentiasa penuh keceriaan dan tawa!

14. Ibu, dengan setiap tawamu, engkau mengisi hidupku dengan keceriaan. Terima kasih atas segala kebahagiaan yang engkau bawa. Selamat Hari Ibu!

15. Selamat Hari Ibu, bu. Sayang ibu dunia akhirat. Halalkan makan minum dan segala kasih sayang yang ibu berikan. Kami janji akan sentiasa berusaha bersunguh-sungguh dan ingat pesanan ibu sampai bila-bila. 

16. Ibu, setiap detik tanpamu adalah sebuah kesedihan yang mendalam. Aku merindukanmu lebih dari kata-kata dapat ungkapkan. Selamat Hari Ibu di sana, semoga kau bahagia di sisi Tuhan. 

17. Ibu, tiap tahun yang berlalu hanya membuat rasa kehilangan ini semakin dalam. Terima kasih atas segala cinta dan kepedulianmu yang tak tergantikan. Selamat Hari Ibu di syurga. 

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

18. Ibu, tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa aku merindukanmu setiap hari. Terima kasih atas segala pengorbananmu. Selamat Hari Ibu. 

19. Ibu, kehilanganmu meninggalkan luka yang tak terubati dalam hatiku. Aku merindukanmu setiap hari. Selamat Hari Ibu, ibu. Along sayang ibu.

20. Kepada ibuku yang jauh di mata dekat di hati, selamat Hari Ibu. Tanpa ibu, siapalah kami. Semoga Allah berikan pahala yang berlimpah buat ibu atas setiap lelah dan pengorban ibu. Amin. 

Ucapan Selamat Hari Ibu untuk Mertua

1. Selamat Hari Ibu buat Mama mertuaku yang baik hati. Terima kasih kerana menyambutku sebagai anak sendiri dalam keluarga ini. Yang paling utama, terima kasih kerana telah membesarkan (Nama Pasangan) menjadi insan yang hebat. Semoga Mama sentiasa dirahmati Allah dan kekal sihat ceria sentiasa.

2. Buat bonda mertuaku, kehadiranmu dalam hidupku adalah satu anugerah. Terima kasih atas segala nasihat dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi buat kami sekeluarga. Selamat Hari Ibu! Semoga setiap hari Mama dipenuhi dengan kegembiraan dan kasih sayang daripada anak cucu tercinta.

3. Selamat Hari Ibu, Mak. Walaupun kita tidak berkongsi darah, tapi kasih sayang yang Mak berikan membuatkan saya rasa sangat dihargai. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk membimbing kami dalam membina keluarga kecil ini. Semoga Mak sentiasa dalam lindungan-Nya.

4. Terima kasih Mama kerana menjadi ibu mertua yang sangat memahami dan penyayang. Segala tunjuk ajar Mama dalam urusan rumahtangga sangat bermakna buat saya. Di hari yang indah ini, saya doakan Mama diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah. Sayang Mama

5. Selamat Hari Ibu! Terima kasih kerana memberikan restu dan kasih sayang kepada saya sejak hari pertama kita bertemu. Mama adalah inspirasi saya dalam menjadi seorang ibu yang sabar dan penyayang. Semoga hari-hari Mama sentiasa cerah dan penuh dengan keberkatan Allah.

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

6. Selamat Hari Ibu, Mak/Mama. Terima kasih kerana menerima dan menyayangi saya seperti anak sendiri. Setiap nasihat dan doa Mak untuk kami sekeluarga sangat saya hargai. Semoga Mak panjang umur, sihat, dan selalu diberi kebahagiaan.

7. Mak, hari ini saya ucapkan Selamat Hari Ibu dengan penuh rasa hormat dan terima kasih. Terima kasih kerana jadi tempat saya belajar tentang adab, kasih sayang dan kesabaran. Semoga Mak sentiasa dilindungi Allah dan diberi kekuatan.

8. Selamat Hari Ibu, Mama. Terima kasih kerana sudi melayan saya dengan penuh kasih dan kelembutan. Mama bukan sekadar ibu mertua, tapi juga sebahagian daripada keluarga yang saya sayangi. Semoga Mama sihat dan bahagia selalu.

9. Mama, hari ini saya mendoakan Mama panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatan. Terima kasih kerana menerima saya sebagai anak dan menyayangi saya seperti anak sendiri. Mama adalah ibu yang sopan, penuh kasih dan penuh sabar.

10. Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih kerana sudi melayan saya dengan penuh kasi. Setiap kali saya ke rumah, Mak melayan saya seperti anak sendiri. Sayang mak!

11. Mak, terima kasih kerana jadi tempat tambahan untuk saya berlindung dan meminta nasihat. Mak melayan saya dengan penuh sabar dan kelembutan. Mak, hari ini saya mendoakan Mak sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan.

12. Selamat Hari Ibu, Mama. Terima kasih kerana jadi ibu kepada isteri/suami saya, dan orang yang paling memahami. Mama, saya mohon setiap doa Mama untuk keluarga kami agar sentiasa diberkati.

13. Mama, sempena Hari Ibu hari ini saya mahu mengucapkan terima kasih kerana melayan saya dengan penuh kasih sejak saya bergelar menantu mama. Mama bukan sekadar ibu mertua, tapi juga sebahagian daripada keluarga yang saya sayangi. Mama, saya doakan Mama sentiasa sihat dan bahagia.

14. Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih kerana sudi menerima saya dalam keluarga Mak dan melayan saya dengan penuh kasih sayang.

15. Mak, hari ini saya ucapkan Selamat Hari Ibu dengan penuh rasa hormat dan terima kasih. Terima kasih kerana jadi tempat saya belajar tentang adab dan kasih sayang.

Selamat Hari Ibu

Ucapan Selamat Hari Ibu untuk Isteri

1. Selamat Hari Ibu buat permaisuri hatiku. Melihat cara awak membesarkan anak-anak kita dengan penuh kasih sayang membuatkan saya semakin jatuh cinta setiap hari. Terima kasih atas segala pengorbanan yang tak terlihat oleh mata. Awak adalah nadi kekuatan dalam rumahtangga kita. Saya sayang awak!

2. Happy Mother’s Day, sayang. Terima kasih kerana menjadi ‘supermom’ yang hebat buat anak-anak kita dan isteri yang luar biasa buat saya. Saya tahu penat lelah awak menguruskan rumah, dan saya sangat menghargainya. Semoga awak sentiasa dalam rahmat Allah.

3. Buat isteriku tersayang, selamat hari ibu. Terima kasih kerana menjadikan rumah kita sebuah syurga yang penuh dengan cinta. Awak adalah kekuatan saat saya lemah, dan cahaya saat saya kegelapan. Moga hubungan kita terus mekar hingga ke syurga. Terima kasih atas segalanya, sayang.

4. Selamat Hari Ibu untuk wanita yang paling banyak bersabar dengan kerenah saya dan anak-anak. Awak adalah bukti bahawa bidadari itu wujud di dunia. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi yang terbaik buat kami. Saya berjanji akan sentiasa di sisi untuk menyokongmu.

5. Happy Mother’s Day kepada ‘partner’ terbaik saya! Tanpa awak, hidup saya pasti huru-hara. Terima kasih kerana menjadi ibu yang penyayang dan isteri yang memahami. Semoga hari ini memberi awak kegembiraan yang luar biasa sebagaimana awak membahagiakan kami setiap hari.

6. Selamat Hari Ibu, sayang. Terima kasih kerana jadi ibu yang penuh kasih sayang, penuh sabar, dan penuh pengorbanan untuk anak‑anak kita.

7. Sayang, hari ini aku ucapkan Selamat Hari Ibu dengan penuh rasa syukur. Terima kasih kerana jadi ibu yang sabar, penuh kasih, dan penuh kelembutan. Setiap senyuman anak kita adalah karya kasih dan usaha kamu.

Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

8. Isteri tercinta, kamu adalah ibu yang penuh kasih, penuh sabar, dan penuh kekuatan. Terima kasih kerana jaga hati aku, jaga rumah, dan jaga anak‑anak dengan penuh cinta. Sayang, kamu adalah anugerah yang aku syukuri setiap hari. Selamat Hari Ibu!

9. Sayang, Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana jadi ibu yang penuh kesabaran, penuh kasih sayang, dan penuh pengorbanan. Setiap kali kamu letih, kamu masih tersenyum untuk anak‑anak.

10. Selamat Hari Ibu buat bidadariku. Terima kasih kerana menjadi kekuatan di sebalik setiap kejayaan saya dan kebahagiaan anak-anak. Melihat pengorbananmu setiap hari dalam menguruskan rumah tangga buat saya sedar betapa beruntungnya saya memilikimu. Semoga Allah sentiasa melindungimu dan membalas setiap kebaikanmu dengan syurga-Nya. Saya cinta awak!

11. Happy Mother’s Day kepada wanita paling hebat yang saya kenali. Terima kasih kerana bukan sahaja menjadi isteri yang memahami, malah ibu yang sangat penyayang buat cahaya mata kita. Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya selamanya.

12. Buat permaisuri hati, selamat Hari Ibu. Saya tahu penat lelah awak yang sering bangun malam dan mendahului keperluan kami melebihi diri sendiri. Terima kasih kerana tidak pernah mengeluh dan sentiasa memberikan yang terbaik. Moga hari ini menjadi hari yang indah buatmu, sebagaimana cantiknya kehadiranmu dalam hidup saya.

13. Selamat Hari Ibu, sayang! Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan anak-anak kita dengan penuh didikan agama dan kasih sayang. Awak adalah tunjang utama keluarga kita. Saya berjanji akan terus menyokong dan mencintaimu dalam setiap fasa kehidupan kita. Terima kasih kerana menjadi ‘superwoman’ dalam hidup saya.

14. Kepada isteriku yang tersayang, Selamat Hari Ibu. Setiap hari saya kagum melihat ketabahan awak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Awak adalah inspirasi buat saya dan anak-anak. Semoga awak sentiasa dipelihara kesihatan, diberikan ketenangan hati, dan terus menjadi pelangi yang menyerikan hari-hari kami sekeluarga. I love you more than words can say!

15. Selamat Hari Ibu sayangku. Terima kasih dan abang minta maaf kalau selama ini tidak membantu banyak dalam rumah tangga. Semoga terus sihat, bahagia dan ceria!!

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

Ucapan Selamat Hari Ibu yang Ringkas, Santai & Kelakar

1. Selamat Hari Ibu, Mak! Terima kasih sebab tak pernah jemu membebel, sebab bebelan Maklah yang buat saya jadi ‘manusia’ sekarang. Walaupun Mak selalu ‘complain’ saya tak basuh pinggan, tapi saya tahu Mak sayang saya paling banyak kan? Love you, Mak!

2. Happy Mother’s Day! Terima kasih Mak sebab selalu tahu kat mana barang yang saya cari walaupun saya dah cari satu rumah tak jumpa. Mak memang ada kuasa sakti! Semoga Mak panjang umur supaya dapat terus ‘interview’ saya bila balik lambat. Hehe

3. Selamat Hari Ibu buat isteriku! Hari ini awak ‘off-duty’ la daripada jadi singa dan jadi bidadari ya? Terima kasih sebab jaga saya dan anak-anak yang kadangkala lagi nakal daripada anak-anak. Jom kita pergi makan sedap-sedap hari ini, saya belanja (guna duit awak). Hehehehe.

4. Selamat Hari Ibu, Mak! Terima kasih sebab sentiasa ‘like’ semua gambar saya kat Facebook. Maklah ‘fan’ nombor satu saya sampai bila-bila. Semoga Mak sihat selalu supaya boleh terus masak sambal kegemaran saya!

5. Happy Mother’s Day buat ibu mertuaku! Terima kasih sebab sabar melayan menantu yang ‘blur’ ni. Janji eh Mak, jangan bandingkan masakan saya dengan masakan Mak yang sedap sangat tu! Semoga Mak ceria-ceria selalu dan dimurahkan rezeki.

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

6. Selamat Hari Ibu, Mak! Terima kasih sebab selalu jadi ‘CCTV’ paling power dalam rumah ni. Walau macam mana pun saya cuba sorok rahsia, Mak mesti tahu juga. Semoga Mak panjang umur, murah rezeki, dan terus sabar melayan anakmu ni. Love you, Boss!

7. Selamat Hari Ibu! Terima kasih sebab tak pernah ‘pencen’ daripada jadi akauntan, doktor, dan chef peribadi saya. Walaupun saya dah besar, saya tetap anak Mak yang tak tahu nak buat apa-apa tanpa tanya Mak dulu. Semoga Mak sentiasa ceria dan sentiasa dalam lindungan Tuhan.

8. Kepada Isteriku, Selamat Hari Ibu! Terima kasih sebab jadi pengurus rumah tangga yang paling cekap. Saya tahu saya ni ‘anak’ besar awak yang paling susah nak jaga, tapi awak tetap buat dengan penuh kasih sayang. Jom pergi ‘dating’ hari ni!

9. Selamat Hari Ibu buat Ibu Mertuaku! Terima kasih sebab sudi terima saya jadi menantu walaupun saya ni jenis yang kuat makan. Semoga Mak sentiasa sihat supaya kita boleh terus bergosip dan masak sama-sama kat dapur. Mak memang ibu mertua paling ‘sporting’ di dunia!

10. Selamat Hari Ibu buat semua singa-singa sedunia. Terima kasih menjadi singa yang penuh kasih-sayang walaupun kadang-kadang menakutkan!

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

Ucapan Happy Mothers Day dalam Bahasa Inggeris (English)

Mother’s Day Wishes For Your Beloved Mother

1. Happy Mother’s Day to the woman who raised me with love, patience, and endless sacrifices. You are my first teacher and my forever best friend. Thank you for always believing in me even when I didn’t believe in myself. May your day be as beautiful and radiant as your soul.

2. To my dearest Mom, thank you for being the heart of our home. Your strength inspires me every day to be a better person. On this special day, I hope you feel all the love and appreciation you truly deserve. I love you more than words can express, always.

ucapan hari ibu

3. “Happy Mother’s Day to the woman who has been my guiding light since day one. Your love is the foundation of my life, and your strength is my greatest inspiration. Thank you for every sacrifice you’ve made. May your day be filled with the same warmth you’ve always given me.”

4. Mom, you are my first friend, my best friend, and my forever friend. Thank you for your endless patience and for always being my biggest cheerleader. I am so incredibly proud to be your child. Wishing you a day as wonderful and extraordinary as you are. I love you!

Mother’s Day Wishes For Your Amazing Wife

5. Happy Mother’s Day to my amazing wife. Watching you raise our children with such grace and tenderness makes me fall in love with you all over again. Thank you for everything you do for this family. You are our world, and we are so blessed to have you.

6. To the mother of my children and the love of my life, thank you for making our house a home. Your selflessness and dedication never go unnoticed. Today, we celebrate you and the incredible woman you are. May your heart be filled with joy today and forever.

Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

7. Happy Mother’s Day to my beautiful wife. Seeing the love and care you give to our children every single day is the greatest gift I could ever ask for. Thank you for being the heart of this family. You are truly our superhero, and we love you endlessly.

8. To my wonderful partner in life, thank you for making our home a sanctuary of love. Your dedication to our kids and your strength as a woman amaze me every day. May this Mother’s Day bring you the rest and joy you so richly deserve. You’re amazing!

Mother’s Day Wishes For Your Special Mother-in-Law

9. Happy Mother’s Day to a wonderful mother-in-law. Thank you for welcoming me into your family with open arms and for raising the person I love so dearly. Your kindness and wisdom mean the world to us. Wishing you a day filled with laughter, peace, and happiness.

    10. Happy Mother’s Day to the real-life superhero who doesn’t wear a cape! Thank you for your endless love and for always knowing exactly what to say. You’re not just a regular mom, you’re a cool mom! I hope your day is filled with everything you love.

          11. Happy Mother’s Day to a wonderful mother-in-law! Thank you for your kindness, your wisdom, and for welcoming me into your family with such open arms. I am so grateful for the person you raised and the love you share with us all. Have a truly blessed day!

          12. “Happy Mother’s Day to the woman who knows where everything is, even when I’ve looked twice! Thank you for your ‘mom magic’ and your unconditional love.

          Image from: 70+ Ucapan Hari Ibu 2026 untuk Ibu, Mertua, Isteri – Sweet & Menyentuh hati!

          BACA JUGA: Susu Ibu Tahan Berapa Lama? Ini Panduan Urus Yang Betul

          Hadis Berkenaan Ibu

          Sambil merayakan Hari Ibu, mari kita juga renungkan hadis-hadis yang menggariskan keutamaan dan jasa seorang ibu dalam Islam:

          1. Keutamaan Berbakti Kepada Ibu

          Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

          أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

          Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

          Riwayat Muslim (2548)

          Berdasarkan penjelasan dalam laman sesawang Mufti WP, perkataan حُسْنِ الصُّحْبَةِ di dalam hadis di atas membawa maksud berbuat baik, berlemah lembut, merendahkan diri di hadapan mereka, mengasihi, memuliakan, serta mentaati mereka dalam hal-hal yang makruf. 

          Ini dibuktikan dengan beberapa firman Allah S.W.T, antaranya:

          وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ

          Maksudnya: Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).

          Surah al-Isra’ (24)

          2. Amal Baik Kepada Ibu Mendekatkan Diri Kepada Allah

          Dari Ibnu Abbas RA, ada seorang lelaki datang menemuinya dan berkata, “Aku meminang seorang perempuan, tetapi ia menolakku. Lelaki lainnya meminangnya, lantas ia menerimanya dan menikah dengannya. Aku pun cemburu, lantas perempuan itu kubunuh. Akankah taubatku diterima?”

          Ibnu Abbas balik bertanya, “Apakah ibumu masih hidup?” Ia menjawab, “Tidak,” Ibnu Abbas pun berkata kepadanya, “Bertaubatlah kepada Allah dan lakukanlah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.”

          Atha’ bin Yasar yang menuturkan riwayat ini dari Ibnu Abbas pun datang kepadanya. Ia berkata, “Kenapa engkau bertanya apakah ibunya masih hidup?” Ibnu Abbas menjawab, “Kerana aku tidak tahu amal baik lain yang lebih mendekatkan orang kepada Allah selain berbakti kepada ibunya.”

          (HR Bukhari)

          3. Syurga Di Telapak Kaki Ibu

          Diriwayatkan oleh Muʻawiyah bin Jahimah al-Salami, Rasulullah SAW bersabda;

          أَنَّ جَاهِمَةَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ، وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيْرُكَ. فَقَالَ: هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَالْزَمْهَا، فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا

          Maksudnya: Bahwasanya Jahimah pernah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi jihad, dan sungguh aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Baginda bertanya: “Apakah engkau masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: Ya, masih. Baginda bersabda: “Hendaklah engkau tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”

          (Riwayat al-Nasa’i)

          4. Berbakti Kepada Ibu Bapa Lebih Utama

          Abu `Amru Asy Syaibani berkata; telah mengkhabarkan kepada kami pemilik rumah ini, sambil menunjuk ke rumah Abdullah dia berkata; saya bertanya kepada Nabi SAW; “Amalan apakah yang paling dicintai Allah? 

          Baginda bersabda: “Solat tepat pada waktunya.” Dia bertanya lagi; “Kemudian apa?” Bagindamenjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Dia bertanya; “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab: “Berjuang di jalan Allah.” 

          (HR. Bukhari) 

          5. Redha Allah bergantung Redha Ibu Bapa

          Dari Abdullah bin Amr RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Redha Allah terdapat pada redha orang tua, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya orang tua.” 

          (HR. Tirmidzi) [No. 1899 Maktabatu Al Ma`arif Riyadh]
          Ucapan Hari Ibu 2025
          Kredit sumber asal : TV Alhijrah

          Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua insan yang yang bergelar Ibu.

          Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud : “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”

          Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala jasa ibu kita semua.

          Kelebihan Berbuat Baik Kepada Ibu

          Beberapa kelebihan berbuat baik kepada ibu menerusi nas dari al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya:

          Pertama: Peribadi Akan Menjadi Santun dan Bahagia

          Ini merupakan mafhum dari firman Allah S.W.T:

          وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا

          Maksudnya: Dan aku (Nabi Isa) berbuat baik kepada ibuku dan Allah tidak menjadikan aku ini bersikap keras dan derita.

          Surah Maryam (32)

          Maka difahami daripada ayat di atas bahawa Allah S.W.T tidak menjadikan Nabi Isa A.S sebagai seorang yang keras (sombong dan bongkak) dan juga orang yang menderita, sebaliknya baginda menjadi individu yang santun dan bahagia disebabkan ketaatan baginda kepada ibunya Maryam.

          Ucapan Hari Ibu 2025

          Kedua: Memperoleh Kemustajaban Doa

          Dalam sebuah hadis yang panjang, daripada Umar bin al-Khattab R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

          فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ

          Maksudnya: Sekiranya kamu mampu untuk meminta supaya dia (Uwais al-Qarani) memohon keampunan Allah buat kamu, maka lakukanlah.

          Ini adalah saranan dari Rasulullah S.A.W, iaitu untuk meminta Uwais al-Qarani yang merupakan seorang tabiin memohon keampunan Allah untuk Umar. Sedangkan Umar berada pada kedudukan yang jauh lebih tinggi dan afdhal berbanding Uwais. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan amalan mulia yang dilakukan oleh Uwais al-Qarani, seperti yang dikatakan oleh Nabi S.A.W:

          لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ

          Maksudnya: Dia (Uwais) mempunyai seorang ibu yang dia amat taat kepadanya.

          Justeru, dapat diambil isyarat daripada hadis di atas bahawa perbuatan berbuat baik dan mentaati ibu akan menjadikan seseorang itu memperoleh doa yang mustajab.

          Hari Ibu 2024: Contoh Ucapan Hari Ibu & Hadis Berkenaan Ibu

          Sumber:

          1. AL-KAFI #1203 : MENGAPAKAH DIDAHULUKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBU SEBANYAK TIGA KALI? – Mufti WP
          2. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 577: STATUS HADIS SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI PARA IBU – Mufti WP
          View Original Article