750 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap di Sabah dan Sarawak mulai 2027, kata KKM

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2026 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

750 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap di Sabah dan Sarawak mulai 2027, kata KKM Image from: 750 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap di Sabah dan Sarawak mulai 2027, kata KKM amree29/10/2026 - 17:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Okt — Sebanyak 750 jawatan tetap pegawai perubatan akan ditawarkan di Sabah dan Sarawak menerusi pengambilan khas fasa pertama bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja kesihatan serta meningkatkan pengekalan doktor di kedua-dua negeri itu.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan pada Khamis berkata, permohonan tersebut bagi pengambilan khas pegawai perubatan Gred UD10 yang akan dibuka dari 9 hingga 15 November 2026.

 

Menurutnya, calon-calon yang berjaya dijadualkan dapat melapor diri untuk bertugas bermula pada 15 Februari 2027, namun masih lagi tertakluk kepada proses pengambilan doktor yang ditetapkan.

 

"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menawarkan lebih 9,000 jawatan tetap kepada pegawai perubatan kontrak seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027," katanya.

 

Tambah KKM, langkah proaktif itu bertujuan mengurangkan jurang kekurangan kakitangan perubatan, selain memastikan lebih ramai doktor kerajaan terus kekal berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

 

Pengambilan khas itu terbuka kepada semua pegawai perubatan kontrak yang menjalani latihan siswazah atau 'housemanship' bermula Siri 1/2016 pada 5 Disember 2016 hingga Siri 6/2024 pada 14 Oktober 2024, termasuk mereka yang kontrak perkhidmatannya dengan KKM telah tamat.

 

doktor_DagangNews2026

 

Bagaimanapun, pemohon perlu menamatkan latihan siswazah dengan jayanya dan memperoleh pendaftaran penuh daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) selewat-lewatnya pada tarikh tutup permohonan.

 

"KKM menggalakkan pegawai perubatan yang memenuhi syarat dan bersedia berkhidmat di kedua-dua negeri itu supaya mengemukakan permohonan menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

 

Selain itu, kementerian tersebut menegaskan hanya permohonan rasmi yang dikemukakan melalui portal SPA9 sepanjang tempoh pengiklanan akan dipertimbangkan bagi pengambilan berkenaan.

 

Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 berkata, kerajaan komited menyelesaikan isu doktor kontrak, dengan lebih 15,000 pegawai perubatan kontrak sudah dilantik ke jawatan tetap sejak 2023, termasuk 4,000 orang pada 2026.

 

Bagi 2027, kerajaan merancang menawarkan lebih 9,000 jawatan tetap kepada doktor kontrak, termasuk melalui pendekatan yang membolehkan pegawai perubatan yang berjaya menamatkan latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap. 

 

Pengambilan khas itu menjadi antara langkah untuk memperkukuh tenaga kerja kesihatan dan memastikan perkhidmatan perubatan di kedua-dua negeri terus memenuhi keperluan rakyat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved