750 jawatan pegawai perubatan tetap khas Sabah, Sarawak dibuka

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 750 jawatan pegawai perubatan tetap khas Sabah, Sarawak dibuka

PUTRAJAYA- Sebanyak 750 kekosongan jawatan tetap di Sabah dan Sarawak dibuka bagi memenuhi keperluan penempatan perkhidmatan kesihatan di kedua-dua negeri itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya melaksanakan urusan pelantikan khas secara tetap bagi pengambilan fasa pertama.

Menurutnya, inisiatif strategik itu merupakan sebahagian komitmen pelantikan tetap Kerajaan Madani membabitkan lebih 9,000 Pegawai Perubatan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 baru-baru ini.

“Langkah proaktif ini juga dirangka bagi merapatkan jurang pengisian perjawatan serta memastikan pengekalan sumber tenaga perubatan di Sabah dan Sarawak berada pada tahap optimum.

“Permohonan ini terbuka kepada semua Pegawai Perubatan lantikan kontrak yang telah menjalani latihan siswazah bermula Siri 1/2016 (5 Disember 2016) sehingga Siri 6/2024 (14 Oktober 2024), termasuk pegawai yang telah tamat kontrak perkhidmatan di KKM,” katanya hari ini.

Bagi melayakkan diri, KKM berkata, calon mestilah menamatkan latihan siswazah dengan jayanya serta berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan permohonan.

Katanya, iklan pengambilan khas ini akan dibuka kepada permohonan selama tujuh hari, iaitu bermula dari 9 hingga 15 November depan.

“Bagi pegawai yang berjaya dalam urusan pelantikan tetap ini, tarikh lapor diri dicadangkan pada 15 Februari 2027.

“Sehubungan itu, KKM menyarankan semua Pegawai Perubatan berkelayakan dan berminat serta bersedia untuk mengemukakan permohonan melalui sistem SPA9 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) apabila iklan mula dibuka kelak,” katanya.

Katanya, kanya permohonan rasmi yang dikemukakan menerusi portal sistem SPA9 dalam tempoh iklan dibuka akan dipertimbangkan untuk urusan pelantikan ini. – KOSMO! ONLINE

The post 750 jawatan pegawai perubatan tetap khas Sabah, Sarawak dibuka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved