77 rakyat Malaysia jalani proses repatriasi sebelum dibawa pulang

2 Sep 2026 • 4:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 77 rakyat Malaysia jalani proses repatriasi sebelum dibawa pulang

PUTRAJAYA- Seramai 77 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Tibet dan Nepal telah dibawa ke Kathmandu bagi menjalani proses repatriasi sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun, setakat ini terdapat 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan bencana yang berlaku di negara berkenaan.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) telah memaklumkan bahawa terdapat 55 orang warganegara Malaysia yang masih belum dapat dikesan, manakala terdapat 77 orang rakyat Malaysia telah dikesan di Tibet dan Nepal.

“Mereka telah dibawa ke Kathmandu untuk proses repatriasi untuk dipulangkan dan kembali ke Malaysia,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, runtuhan glasier besar-besaran dan tanah runtuh dipercayai menjadi punca banjir kilat dahsyat yang melanda sempadan Nepal-China, menurut siasatan awal sekumpulan saintis.

Bencana itu menenggelamkan bandar, jalan raya dan jambatan, selain meragut banyak nyawa apabila arus deras membawa bersama ais dan batuan merempuh kawasan pergunu­ngan

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut mengambil maklum keputusan Perdana Menteri meluluskan sumbangan sebanyak AS$1 juta bagi membantu kerja-kerja kemanusiaan di Nepal.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan seorang Menteri Bangladesh bahawa Malaysia merancang untuk mengambil 200,000 pekerja daripada negara itu, Fahmi menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan pendirian rasmi kerajaan Bangladesh.

“Saya ada berhubung dengan Menteri Sumber Manusia mengenai perkara tersebut dan beliau memaklumkan bahawa itu bukan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Bangladesh.

“Ia telah dikeluarkan oleh seseorang, saya difahamkan seorang ‘junior minister’. Jadi, bukan mewakili keputusan rasmi pihak kerajaan Bangladesh. Ini dimaklumkan oleh Menteri Kesuma, jadi ia bukan pendirian rasmi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 77 rakyat Malaysia jalani proses repatriasi sebelum dibawa pulang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved