
Kota Kinabalu: Seramai 799,782 rakyat Sabah yang memerlukan dijangka mendapat manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membabitkan peruntukan keseluruhan RM696.3 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata inisiatif Kerajaan Persekutuan membabitkan peruntukan sehingga RM8 bilion itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup yang membebankan yang dihadapi kira-kira 8.7 juta penerima di seluruh negara dan akan dilakukan secara berperingkat.
Di Sabah, Hajiji berkata sejumlah RM494 juta telah ditunaikan dalam tiga fasa setakat ini, manakala baki RM202 juta akan ditunaikan pada fasa seterusnya November ini.
“STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima secara berperingkat. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menunaikan bantuan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan luar bandar, Kerajaan akan mengadakan program pengeluaran tunai di daerah-daerah berkaitan mulai 3 Ogos hingga pertengahan September,” katanya.
Beliau menjawab soalan Adun Kepayan Jannie Lasimbang yang bertanyakan berapa jumlah pengundi Kepayan yang mendapat manfaat daripada bantuan itu dan mengapa beberapa permohonan bantuan itu tidak diluluskan. Hajiji terdapat seramai 1,345 penerima di Dun Kepayan membabitkan peruntukan kira-kira RM 1 juta. Jelasnya, permohonan bantuan STR akan ditolak sekiranya pemohon gagal memenuhi syarat kelayakan.
“(Ia akan ditolak) jika pemohon mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM5,000 (setiap isi rumah dan individu warga emas bujang) serta lebih RM2,500 untuk bujang,” katanya.
Tambahnya, kegagalan menyatakan status perkahwinan/cerai dalam dokumen yang dikemukakan serta gagal memenuhi status bujang atau status pelajar sepenuh masa akan menyebabkan permohonan ditolak.
Kepada soalan tambahan oleh Jannie yang bertanya apakah penyelesaian Kerajaan Negeri bagi pemohon yang mungkin terlepas pandang, Hajiji berkata mereka digalakkan untuk memohon semula bantuan itu.
Menjawab soalan tambahan Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang bertanya sama ada senarai penerima adalah maklumat sulit dan jika ia boleh dibekalkan kepada Adun, Hajiji berkata ia bukan rahsia dan boleh didedahkan kepada umum.
“Data yang digunakan adalah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kebajikan dan yang disenaraikan di bawah e-Kasih. Maklumat ini boleh dimaklumkan kepada wakil rakyat atau orang ramai dan mereka boleh menunjukkan jika ada penerima yang terlepas pandang,” jelas Hajiji.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

