
PORT DICKSON – Aktiviti menyelam bagi tujuan konservasi marin di kawasan Marina, Pantai Batu 5, di sini, wajar dihentikan sementara sehingga pihak berkuasa mengesahkan tahap keselamatan perairan itu susulan lapan aduan berhubung kemunculan buaya.
Aktivis Pemuliharaan Marin, Noor Fadzli Shah berkata, isu itu perlu dilihat daripada dua aspek utama iaitu keselamatan manusia dan kelestarian ekosistem marin.
“Langkah berhati-hati perlu diutamakan sementara siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan tersebut,” katanya.
Baru-baru ini Kosmo! Perhilitan sedang menjalan siasatan mengenai dakwaan kemunculan buaya di perairan Marina, Pantai Batu 5, di sini, selepas menerima lapan aduan orang awam berhubung kelibat reptilia itu di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post 8 aduan buaya di Port Dickson, penyelam diminta tangguh aktiviti appeared first on Kosmo Online.


