
8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu wilayah hingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri di negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, dan seluruh negeri Melaka dan WP Labuan.
"Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu pula termasuk Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Sementara itu, di Pahang pula adalah Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Beberapa daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin juga di ramal hujan di Negeri Sembilan.
"Di Johor pula di Tangkak, Segamat dan Muar. Beralih ke Sarawak kawasan yang diramal hujan adalah di Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
"Di Sabah pula adalah Pedalaman dan Pantai Barat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

