Ribut Petir Diramal Landa 6 Negeri, 1 Wilayah Persekutuan Malam Ini

30 Dec 2024 • 6:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir Diramal Landa 6 Negeri, 1 Wilayah Persekutuan Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, kawasan yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Difahamkan, seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka dilanda cuaca buruk berkenaan.

“Bagi Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Muallim.

“Di Pahang pula hanya melibatkan daerah Maran dan Bera. Sementara Selangor di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Selain itu, beberapa daerah di Johor turut diramal hujan seperti Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan lebat termasuklah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Sibu (Kanowit).

“Manakala Sabah pula di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0nfqAHa4yN5mgoDdvzo2nsSUBfT6Y8epMQkSnSo4kXhQcZmcwvn95Df3Xo5iB4fDGl