8 suspek ditahan, seludup barang lebih RM3 juta dari Malaysia

3 Oct 2026 • 1:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 8 suspek ditahan, seludup barang lebih RM3 juta dari Malaysia

BANGKOK – Lapan individu ditahan dalam operasi membanteras penyeludupan rokok elektronik (e-rokok) dan produk haiwan kering dari Malaysia ke Thailand  hujung bulan lalu, dengan nilai rampasan lebih 31 juta baht (RM3.7 juta), lapor laman berita Thaiger kelmarin. 

Gabenor Wilayah Satun, Kanit Kongchuay berkata, tangkapan dibuat susulan pemantauan selama beberapa bulan terhadap rangkaian disyaki terlibat dalam penyeludupan rentas sempadan. 

Selain  77,960 e-rokok pakai buang dan 17,500 pod cecair e-rokok, pihak berkuasa turut menyita produk haiwan kering seperti 38 kilogram (kg), sisik tenggiling, 11kg kuda laut, 29kg serangga, 98kg lipan dan 59kg cengkerik. 

Pihak berkuasa menganggarkan jumlah barangan dirampas bernilai lebih 31 juta baht, manakala anggaran kerugian hasil cukai mencecah 130 juta baht (RM15 juta).

Kongchuay berkata, siasatan bermula selepas pegawai mengesan pengimportan barangan dalam jumlah besar yang mencurigakan dari Malaysia. 

Penyiasat kemudian mendapati ramai individu diupah untuk mengangkut barang seludup merentasi sempadan Thai-Malaysia. Mereka menerima upah 580 baht (RM71) bagi setiap karton yang diangkut. 

“Sindiket disyaki ini mengupah lebih 150 orang untuk mengangkut barangan seludup. 

“Satun dipercayai bukan destinasi utama. Produk ini akan diedarkan di Songkhla dan beberapa lokasi lain,” katanya. 

Pihak berkuasa berkata, sesetangah produk haiwan kering itu dipercayai digunakan dalam  pembuatan ubat tradisional atau produk kesihatan dan tenaga batin lelaki. – AGENSI 

The post 8 suspek ditahan, seludup barang lebih RM3 juta dari Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved