Dua kapal perang bawa 5,000 askar AS ‘serbu’ Phuket

1 Oct 2026 • 5:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua kapal perang bawa 5,000 askar AS ‘serbu’ Phuket

BANGKOK  – Dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat(AS)  membawa lebih 5,000 askar dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Laut Dalam Phuket dari 5 hingga 10 Oktober ini, lapor laman berita Thaiger.

Wakil Kedutaan AS di Thailand, Lou Pham dan Robert Robinson telah bertemu pegawai- pegawai di Balai Polis Patong kelmarin untuk membincangkan pengaturan bagi ketibaan anggota tentera laut berkenaan.

Lawatan itu akan melibatkan kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush (CVN-77), yang membawa sekitar 4,800 anggota tentera dan USS Delbert D. Black (DDG-119) membawa 320 askar.

Wakil tersebut  turut membincangkan penyelarasan antara agensi Thailand dan pihak AS sepanjang lawatan di pelabuhan tersebut, termasuk langkah-langkah untuk mengekalkan ketenteraman awam serta membantu anggota yang melawat semasa mereka berada di Phuket.

Sebuah kumpulan sembang Line ditubuhkan bagi komunikasi antara agensi terlibat untuk mempercepatkan penyelarasan sepanjang lawatan mereka.

Pegawai Thailand turut memberi taklimat kepada wakil AS mengenai peraturan bagi askar AS   dengan tumpuan mereka mesti mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan  sepanjang berada di Thailand.

Dalam lawatan serupa  bulan lalu, lebih 5,000 anggota Tentera Laut AS daripada  kapal USS Abraham Lincoln tiba di Pattaya untuk bercuti di darat selama lima hari. – AGENSI

 

The post Dua kapal perang bawa 5,000 askar AS ‘serbu’ Phuket appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved