Dulu SME Kecil, Kini Catat Jualan RM71 Juta! Bubbles O2 Bakal Buka Kilang Baharu di Pahang

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

LM Featured Image 900 x 550 px 2160 x 1080 px 24

Daripada sebuah perusahaan kecil Bumiputera, Bubbles O2 kini melangkah ke fasa pertumbuhan baharu selepas mencatat jualan sebanyak RM71 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun 2026.

Pencapaian itu lebih signifikan apabila mengambil kira sasaran yang diberikan kepada syarikat ketika pertama kali menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) pada 2023, iaitu untuk berkembang menjadi sebuah syarikat dengan jualan RM50 juta.

Dari SME Kecil Ke Jualan RM71 Juta

825340215 1580005607495591 3963643999578303623 n

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bubbles O2, Abdul Aziz Arifin berkata, ketika syarikat pertama kali menyertai MIHAS pada 2023, pihaknya telah berkongsi aspirasi untuk membawa Bubbles O2 ke peringkat pertumbuhan yang lebih tinggi.

Ketika itu, Bubbles O2 diberikan sasaran untuk berkembang menjadi sebuah syarikat dengan jualan RM50 juta.

“Pada Februari 2026, kami berjaya melepasi sasaran tersebut apabila mencatat jualan RM51 juta. Menjelang Jun 2026, kami menutup tahun kewangan dengan jualan sebanyak RM71 juta.”

Menurut Aziz, pencapaian tersebut mencerminkan perkembangan Bubbles O2 daripada sebuah perusahaan kecil Bumiputera kepada sebuah perusahaan Bumiputera berskala sederhana, sekali gus membuka ruang kepada fasa pengembangan yang lebih besar.

Mula Kembangkan Pasaran ke Luar Negara

Seiring pertumbuhan dalam pasaran domestik, Bubbles O2 kini turut memperluaskan jejak perniagaannya ke pasaran antarabangsa.

Produk Bubbles O2 kini telah berada di Brunei, selain syarikat sedang membangunkan peluang pasaran di beberapa negara di Afrika Barat.

Dalam menyokong kesiapsiagaan untuk pasaran yang lebih luas, Bubbles O2 turut mempunyai pensijilan dan pematuhan termasuk US FDA, Halal, MeSTI, GMP dan ISO 9001.

Bubbles O2 Juga pernah memasuki sebahagian segmen restoran di Amerika Syarikat. 

Bagaimanapun, operasi berkenaan kemudiannya dihentikan susulan perubahan keadaan pasaran dan faktor luaran di negara tersebut.

Lima anak syarikat bina ekosistem perniagaan

828483383 1580399660789519 8169955746601076158 n

Pertumbuhan Bubbles O2 hari ini bukan hanya tertumpu kepada pengeluaran dan penjualan air mineral.

Menurut Aziz, kumpulan itu kini mempunyai lima anak syarikat yang memainkan peranan dalam membentuk dan memperkukuh ekosistem perniagaan Bubbles O2.

Antaranya termasuk aktiviti pengedaran, pergudangan dan logistik menerusi Bubbles O2 Logistics serta aktiviti penerokaan sumber air mineral semula jadi menerusi Bubbles O2 Cari Gali.

“Kami telah membina satu ekosistem yang bukan sahaja menyokong pertumbuhan Bubbles O2, tetapi turut menyediakan asas untuk setiap anak syarikat berkembang dalam bidang masing-masing.”

Aziz berkata antara fokus seterusnya adalah untuk membangunkan sumber pendapatan baharu bagi anak-anak syarikat tersebut.

Langkah itu termasuk memperluaskan keupayaan dan kepakaran yang telah dibangunkan dalam kumpulan supaya perkhidmatan tertentu pada masa hadapan turut boleh ditawarkan kepada syarikat serta pelanggan luar.

2027 Fasa Baharu Melalui Pengembangan ke Pahang

829808772 1582174067278745 4467082773142484547 n

Memasuki 2027, antara perkembangan utama Bubbles O2 ialah perancangan pembukaan kilang baharu di Gambang, Pahang, menerusi kerjasama strategik dengan Yayasan Pahang.

Projek berkenaan bakal menjadi sebahagian daripada fasa pengembangan kumpulan, termasuk usaha membangunkan ekosistem pengeluaran air mineral yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan dan pemain industri Bumiputera di Pahang.

“Bubbles O2 akan terus kekal sebagai produk premium kami. Pada masa yang sama, pengembangan ke Pahang membuka peluang kepada kami untuk meneroka segmen premium mass market melalui pembangunan produk dan jenama baharu.”

Selain meningkatkan kapasiti pengeluaran, kumpulan itu turut merancang untuk meneroka sumber air mineral semula jadi di lokasi-lokasi berpotensi yang mempunyai profil dan kandungan mineral tersendiri.

Sumber-sumber berkenaan berpotensi dibangunkan sebagai produk dan jenama baharu, membolehkan kumpulan memperluaskan portfolio tanpa mengubah kedudukan Bubbles O2 sebagai jenama premium utamanya.

Daripada sebuah SME kecil kepada kumpulan Bumiputera yang mencatat jualan RM71 juta, perjalanan Bubbles O2 kini memasuki fasa seterusnya dengan fokus kepada pengembangan kapasiti, pembangunan ekosistem perniagaan, penerokaan pasaran antarabangsa serta penciptaan sumber pendapatan baharu.

Dengan asas yang telah dibina, Bubbles O2 kini bersedia untuk membawa pertumbuhan kumpulan ke skala yang lebih besar.

Sumber gambar: Facebook Bubbles O2

Sumber: Facebook Bubbles O2Sumber: Facebook Bubbles O2Sumber: Facebook Bubbles O2

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved