8 tahun bercinta, Jeslina Hashim sah bergelar isteri kerabat Diraja Negeri Sembilan

LocalEntertainment
11 Aug 2024 • 2:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti, Jeslina Hashim sah bergelar isteri kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan di sebuah dewan di ibu negara.

Dia yang cantik menggayakan busana berwarna putih terlihat bahagia apabila berkongsi gambar dengan kapsyen tarikh hari mereka disatukan.

image is not available

Jeslina Hashim sah bergelar isteri kerabat diraja

Dalam pada itu, Jeslina juga berkongsi gambar bersama suami buat pertama kali selepas bernikah dengan menyertakan emoji hati.

Dengan busana sedondon, masing-masing terlihat begitu bahagia apabila kini sudah sah bergelar suami dan isteri.

image is not available

Jeslina Hashim sah bergelar isteri lepas 8 tahun bercinta

Difahamkan, penyanyi terbabit sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Tunku Eddy Nasruan sejak 8 tahun yang lalu dan berkongsi khabar gembira pada tahun lalu apabila menyatakan bahawa ulang tahun perhubungan mereka akan bertukar pada tahun ini.

Pastinya momen tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada kenalan rapat mereka yang tidak sabar menantikan hari bahagia pasangan berkenaan.

image is not available

Sekadar info, Jeslina Hashim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 sebelum berpisah pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 16 dan Keira, 14 tahun.

Manakala, Tunku Eddy Nasruan pula merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Sumber: Instagram jeslinahashim