Berpuluh-puluh khemah melayang di udara

15 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Berpuluh-puluh khemah melayang di udara

JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan kejadian luar biasa  berpuluh-puluh khemah melayang di udara selepas diterbangkan angin kencang di tapak perkhemahan Gunung Sumbing,  wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Detik News.

Menurut media tempatan, kejadian sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) pada Selasa lalu  itu berpunca daripada tindakan menjemur khemah-khemah tanpa dipasang pancang keselamatan.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh akaun Instagram @infipop.id, khemah-khemah itu diletakkan di sebuah padang untuk dikeringkan selepas dicuci sebelum tiba-tiba terangkat dan diterbangkan pusaran angin kencang.

“Angin kencang melanda Basecamp Gunung Sumbing sehingga menerbangkan khemah-khemah yang sedang dijemur selepas dicuci,” demikian menurut hantaran tersebut.

Dalam rakaman video berdurasi singkat itu, kelihatan puluhan khemah melayang melebihi ketinggian pokok-pokok di sekeliling bagaikan belon udara, diiringi jeritan cemas orang ramai yang berada di lokasi kejadian. 

Pusaran angin kecil di tengah padang turut kelihatan menerbangkan beberapa peralatan perkhemahan lain sebelum ia jatuh bertaburan. – AGENSI

 

The post Berpuluh-puluh khemah melayang di udara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved