9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

18 Apr 2026 • 3:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 7 petang ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat termasuk Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan seluruh kawasan Perak, Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

"Di Kedah, beberapa daerah yang diramal hujan adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Sementara di Terengganu di Dungun dan Kemaman selain Pahang termasuk daerah Jerantut, Kuantan dan Rompin.

"Beberapa daerah di Negeri Sembilan juga dilapor hujan antaranya Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Beralih ke Johor, kawasan yang diramal hujan adalahTangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved