9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

17 Apr 2026 • 4:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 6 malam ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan seluruh kawasan di Perlis, Johor, WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

"Bagi Kelantan, hanya daerah Jeli diramal hujan petang ini sementara di Terengganu di Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.

"Sementara di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin. Beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat juga diramal hujan.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu (Sibu) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.