Hujan Lebat Di 10 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
18 Apr 2026 • 5:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Dalam pada itu, bagi negeri Kedah, hujan lebat berlaku di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Kelantan pula, hanya kawasan Jeli dan Kuala Krai yang terlibat.

Begitu juga dengan negeri Terengganu yang hanya membabitkan daerah Hulu Terengganu.

Hujan lebat juga diramal di negeri Pahang iaitu di Jerantut, Maran, Bera dan Rompin.

image is not available
Kredit: MetMalaysia

"Bagi negeri Selangor, daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat dijangka akan hujan lebat.

"Manakala di Johor pula membabitkan daerah angkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian," katanya.

Baca juga:

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved