9 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

16 Apr 2026 • 5:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

9 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis.

Begitu juga di negeri Kedah iaitu di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Kulim.

Amaran turut membabitkan beberapa kawasan di Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Bagi negeri Kelantan pula, hujan lebat diramal melanda Kuala Krai dan Gua Musang.

Baca juga:

Manakala di Terengganu membabitkan daerah Besut dan Hulu Terengganu.

"Di negeri Pahang, hujan lebat dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Rompin.

"Sementara itu, hanya daerah Hulu Selangor di negeri Selangor diramal hujan lebat sehingga malam ini," katanya.

Tambah MetMalaysia lagi, hujan lebat juga berlaku di daerah Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor.

Beralih ke Sarawak, amaran melibatkan daerah Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Betong (Betong).

Image from: 9 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Kredit: MetMalaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," ujarnya lagi.