10 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

15 Apr 2026 • 4:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

10 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

10 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan seluruh WP Kuala Lumpur

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Beralih ke Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Sementara di Kelantan hanya daerah Gua Musang sahaja. Terengganu pula termasuk Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

"Selain itu, beberapa daerah di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Di Selangor termasuk Hulu daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

"Dua daerah di Negeri Sembilan diramal hujan seperti Jempol dan Tampin sementara dua daerah di Johor pula adalah Segamat dan Mersing.

Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Song)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut