Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Malam Ini

15 Apr 2026 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Malam Ini

Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di empat negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu melibatkan negeri Terengganu iaitu di Hulu Terengganu dan Marang.

Selain itu, bagi negeri Pahang pula, daerah Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan dijangka terlibat.

Amaran juga membabitkan kawasan Mersing di negeri Johor.

Baca juga:

Bagi negeri Sarawak, hujan dijangka melanda daerah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

Image from: Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Malam Ini
Kredit: MetMalaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.