
TAWAU: Sembilan rumah musnah, manakala satu lagi rumah berjaya diselamatkan dalam kebakaran di Lorong 4, Taman Victoria di sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, kebakaran itu membabitkan rumah jenis separuh kekal berukuran 15 x 25 setiap satu.
Menurutnya, sepasukan 20 pegawai dan anggota bersama lima jentera, termasuk kenderaan utiliti dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.54 petang menerusi talian balai.
“Pasukan bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran 400 kaki empat pancutan dengan sumber air dari pili bomba berdekatan, dan operasi terkawal pada jam 2.56 petang.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.25 petang,” katanya lagi.
Jemishin berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.
Sementara itu, Adun Kukusan, Rina Jainal yang membatalkan jadual penerbangannya ke Kota Kinabalu, turut berada di lokasi bertemu mangsa-mangsa terlibat, sebaik menerima berita tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
