9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda Pergi!

Travel
14 Nov 2022 • 12:39 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu satu negeri yang terkenal sebagai destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya mereka yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau & pantai.

Namun, tahukah anda bahawa Terengganu ada banyak lagi tarikan lain selain dari pulau dan pantai yang indah. Khas untuk anda yang mencari spot untuk 'healing' ataupun 'kaki nature', berikut adalah lokasi Eco Pelancongan di Terengganu yang wajib anda cuba!

1. Bermalam di Houseboat Tasik Kenyir

image is not availableTasik Kenyir patut menjadi lokasi pertama untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak atau bersatu dengan alam semulajadi.

Untuk pengalaman percutian alam yang maksima, bermalam di Houseboat Tasik Kenyir adalah salah satu aktiviti wajib cuba. Nak cari Houseboat cukup mudah, anda hanya perlu ke Pengkalan Gawi. Terdapat pelbagai jenis houseboat yang boleh anda pilih mengikut bajet anda!

Rileklah berpeluang beramalam di salah satu beratus houseboat yang tersedia di Tasik Kenyir iaitu Qber Eco Houseboat

image is not availableRupa Qber Eco Houseboat sememangnya unik! Bas yang merupakan pengangkutan darat diubah menjadi satu rumah bot! Sangat sesuai dijadikan sebagai tempat penginapan keluarga sambil anda explore dan cruise keindahan di sekitar Tasik Kenyir. Cukup selesa dan lengkap dari segi kemudahan asas.

Banyak aktivit yang boleh anda lakukan jika bermalam di housboat! Antaranya berbabeku di waktu malam, memancing, cruise di sepanjang Tasik Kenyir, stargazing dan pelbagai lagi!

Beritkut adalah harga pakej dan fasiliti yang tersedia di Qber Eco Houseboat (jangan risau, ada yang siap dengan makanan):

image is not available

image is not available

Untuk tempahan hubungi 019-4731500 (Zarina) dan 016-9550585 (Akram)

2. Mandi manda di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir

image is not availableTasik Kenyir merupakan rumah kepada hampir lebih daripada 14 air terjun latar, air penyejukan, jeram-jeram dan sungai sebagai tempat ideal untuk pelbagai jenis spesis ikan air tawar dan hidupan liar. Salah satu spot yang wajib singgah adalah Air Terjun Lasir.

image is not availableAir Terjun Sungai Lasir menawarkan keindahan alam dan kesegaran air terjun yang sangat mempersonakan. Untuk ke sini, anda perlu hiking sedikit dalam 20 minit, treknya agak mudah namun bertingkat-tingkat dan licin. Hati-hati ya! Spot utama bergambar adalah jambatan gantung yang berada betul-betul di atas air terjun!

image is not available

3. Bermesra dengan Ikan Kelah di Santuari Kelah, Tasik Kenyir

Tak lengkap jika ke Tasik Kenyir kalau tak singgah ke Santuari Kelah. Untuk sampai ke sini sudah tentunya anda perlu menaiki bot dan setibanya di pintu gerbang, maka bermulalah sesi trekking anda lebih kurang 40 minit untuk berjumpa dengan ikan-ikan kelah ini! Sepanjang laluan trekking, ada pelbagai papan info menarik dan wakaf disediakan untuk anda beristirehat.

image is not available

image is not availableIstimewanya di sini, pengunjung berpeluang untuk berenang dan memegang ikan kelah! Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman dikerumuni beribu-ribu ikan kelah dan membiarkan ikan-ikan ini menggigit kaki anda dengan lembut. Memang unik lah!

image is not available

image is not available

Nak bagi makan pun boleh, anda boleh beli di fasiliti yang tersedia. Namun, menangkap atau memancing ikan kelah di kawasan ini adalah dilarang sama sekali!

4. Parking Housboat Bawah Air Terjun Viral

image is not available

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu video yang memaparkan keseronokan sebuah keluarga yang bercuti dan mandi air terjun hanya dari atas houseboat. Boleh dikatakan tarikan baru 'viral' di Tasik Kenyir!

image is not available

Mintak je captain houseboat anda bawa anda ke sini, lalu parking betul-betul di bawah air terjun! Tak perlu turun dari boathouse untuk menikmati "shower nature" yang sejuk lagi menyamankan!

5. Cuba minuman herba di Taman Herba Tasik Kenyir

image is not available

Penggunaan herba untuk kesihatan bukan suatu perkara yang asing di negara kita. Boleh dikatakan telah menjadi budaya turun temurun dari generasi terdahulu. Tapi, yang tinggal di bandar pasti belum pernah atau jarang mencuba minuman herba kan?

image is not available

Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan mencuba pelbagai jenis tumbuhan herba yang terkenal di Taman Herba Tasik Kenyir! Antara herba tradisional yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tongkat Haji Samad, Misai Kucing, Mas Cotek dan lain-lain. Selain dari pelbagai info menarik tentang herba, kiosk juga turut disediakan jika anda berminat untuk membeli!

image is not available

6. Melihat gajah secara "upclose & personal" di Kenyir Elephant Conservation Village (KVEC)

image is not availableKalau anda nak melihat gajah dengan lebih dekat di sinilah tempatnya! Pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti menaiki jambatan gantung sambil melihat kehidupan 18 ekor gajah, interaksi bersama gajah, memberi makan gajah dan melihat gajah mandi!

image is not available

image is not available

Bayaran Masuk:

1 Tahun- 6 Tahun RM 5
7 Tahun-15 Tahun RM15
13 Tahun & Ke Atas RM 25

7. Berbasikal sambil menikmati suasana perkampungan nelayan di Kampung Mangkuk & Penarek

image is not availableKeunikan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik adalah identiti sebagai satu perkampungan nelayan yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Bayangkan berbasikal sambil menikmati udara pantai, permandangan kampung yang sungguh mengasyikkan!

image is not available

Selain itu kedua-dua kampung juga diisytihar sebagai kampung pelancongan pertama Terengganu. Penat berbasikal, jangan lupa untuk bergambar di pelbagai spot menarik yang diusahakan warga tempatan sendiri!

8. Menyusuri Sungai Setiu sambil mencari Kepah & Lokan, Tiram segar pun ada!

image is not available

image is not available

Alang-alang dah sampai Setiu, jangan lepaskan peluang untuk menyusuri sungai Setiu dan explore Setiu Wetland! Aktiviti menarik di sini sudah tentunya mencari kepah dan lokan. Bila lagi nak merasai pengalaman hidup di perkampungan nelayan!

image is not available

Selain itu, jangan lupa singgah kolam ikan kerana di sana anda berpeluang untuk merasai sendiri keenakan tiram segar on the spot! Cukup berlemak dan disempurnakan lagi dengan jus lemon. Padu!

9. Berjalan sambil menikmati keindahan paya bakau di Setiu Boardwalk

image is not available

image is not available

Setiu Boardwalk adalah salah satu usaha penduduk tempatan untuk menarik lebih ramai pelancong mengenali pelbagai spesis flora dan flauna khususnya di kawasan paya bakau. Pelbagai info menarik menanti anda tentang spesis tumbuhan dan juga hidupan yang ada!

image is not available

Antaranya adalah spesies hidupan seperti ikan belacak, ketam dan juga pelbagai spesis burung! Port instagrammable pun ada tau! Pelbagai arca dan hiasan yang disediakan khas untuk anda bergambar!