93,819 pekebun kecil Sarawak layak mohon budi agri-komoditi

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 4:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 93,819 pekebun kecil Sarawak layak mohon budi agri-komoditi

SARIKEI: Sebanyak 93,819 pekebun kecil di Sarawak dikenal pasti layak memohon bantuan tunai RM400 sebulan menerusi Program BUDI Agri-Komoditi setakat Jun lepas, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata program itu diperluas kepada petani dan pekebun kecil di Sabah dan Sarawak mulai 22 Jun susulan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

“Bantuan ini disediakan kepada pekebun kecil dalam sektor sawit, getah, koko, lada dan kenaf yang berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi serta memenuhi syarat kelayakan,” katanya.

Noraini berkata demikian semasa berucap merasmikan Karnival Agrikomoditi MADANI di Dewan Sentral Sarikei hari ini.

Beliau berkata bantuan kepada pekebun kecil tidak seharusnya terhad kepada pemberian peralatan atau insentif, sebaliknya juga merangkumi khidmat nasihat, latihan, teknologi, kemudahan asas dan akses pasaran.

Beliau berkata sektor agrikomoditi turut berhadapan cabaran termasuk peningkatan kos input dan bahan api, tanaman semakin tua, kekurangan tenaga kerja, perubahan cuaca serta serangan penyakit.

Dalam perkembangan lain, Noraini berkata industri lada menyumbang kira-kira RM2.27 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2025, meningkat berbanding RM2.24 bilion tahun sebelumnya.

Industri itu melibatkan kira-kira 39,000 pekebun kecil yang berperanan penting dalam mempertahankan mutu dan reputasi lada Sarawak di pasaran dunia.

Sarawak kekal sebagai hab pengeluaran utama, menghasilkan hampir 98 peratus daripada jumlah lada di Malaysia. – BERNAMA

The post 93,819 pekebun kecil Sarawak layak mohon budi agri-komoditi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved