Twitter Akan Mula Melabel Ciapan Mengenai COVID-19 Yang Mengandungi Maklumat Tidak Sahih

TechnologyDigital
12 May 2020 • 3:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sepanjang wabak pandemik COVID-19 ini, orang ramai mempunyai terlalu banyak masa di tangan mereka, dan dilihat gemar berkongsi pelbagai coretan mengenai wabak tersebut, seperti penyebab, cara-cara pencegahan dan sebagainya.

Laman-laman media sosial sedang bekerja keras untuk memastikan bahawa hanya maklumat sahih disebarkan mengenai wabak ini, seperti nombor pesakit positif, kematian dan juga bagaimana wabak ini menular ke seluruh dunia.

image is not available

Untuk mengurangkan penularan ura-ura dan maklumat salah di platform mereka sendiri, Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan satu ciri baru dimana mereka akan melabel ciapan yang mengandungi maklumat salah atau kurang tepat mengenai wabak tersebut.

image is not available

Untuk ciapan yang dianggap memberi maklumat salah yang berpotensi untuk menyebabkan salah faham yang serius, Twitter akan meletakkan amaran bahawa ciapan tersebut bercanggah dengan laporan rasmi yang boleh dipercayai.

Anehnya, Twitter tidak akan menggantung akaun-akaun yang dilihat menyebarkan berita-berita palsu ini, dan satu lagi isu ialah mereka tidak akan menunggu untuk pengesahan daripada parti ketiga untuk pengesahan kicauan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved