Dalam masa setengah kurun, China berubah dari sebuah negara pertanian menjadi negara yang kini menjadi pemacu teknologi dunia. Hampir 20% produk di pasaran sekarang dikilangkan di China dan contoh paling ketara dominasi mereka kini terletak di telefon pintar di dalam tangan anda. Tetapi ini telah menimbulkan kerisauan di negara Barat dengan Amerika Syarikat menuduh China melakukan intipan menerusi kelengkapan telekomunikasi yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan.

Laporan The Times ini muncul dua minggu selepas Perdana Menteri Boris Johnson dikatakan didesak untuk menghentikan penggunaan teknologi 5G Huawei menjelang 2023. Amerika Syarikat juga ingin menarik aset ketenteraan dan perkongsian maklumat sulit sekiranya UK terus menggunakan kelengkapan 5G dari Huawei.
