“Terkena dekat lori” – Instafamous Campak Kerusi Dari Balkoni Rumah Tingkap 45, Jatuh Terhempas Tengah ‘Highway’

Entertainment
23 Jul 2020 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Terkena dekat lori” – Instafamous Campak Kerusi Dari Balkoni Rumah Tingkap 45, Jatuh Terhempas Tengah ‘Highway’ appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Seorang instafamous berusia 20 tahun dari Kanada mendapat perhatian ramai selepas video yang dimuat naik olehnya di Instagram menunjukkan dia membahayakan nyawa orang lain!

Menurut Daily Star, video itu menunjukkan Marcella Zoia  yang berada di balkoni sebuah Airbnb tingkat 45 mengangkat kerusi dan terus membalingnya ke bawah.

image is not available

Kerusi itu kemudian dilihat terkena sebuah lori sebelum jatuh terhempas di tengah jalan dekat Lebuhraya Gardiner, salah satu jalan paling sibuk di Toronto. Kejadian itu berlaku pada tahun lepas ketika dia berusia 19 tahun dan tindakan itu membuatkan dia didakwa di mahkamah.

Marcella dilaporkan mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku yang boleh membahayakan nyawa orang lain dan pihak pendakwa telah menuntut agar dia dikenakan hukuman penjara enam bulan.

image is not available

Bagaimanapun, dia yang mempunyai 60,000 pengikut di Instagram itu sebaliknya hanya dikenakan denda sebanyak $2,000 CAD (RM6,342) dan perintah 150 jam khidmat masyarakat selain turut diarahkan menjalani percubaan selama 2 tahun.

Ketika prosiding berlangsung, peguam bela Marcella meminta hukuman dikurangkan kerana ketika kejadian dia masih belum matang, tekanan rakan sebaya dan juga masih dalam keadaan mabuk selepas meminum arak dengan rakan-rakan pada malam sebelum kejadian.

image is not available

Kes ini berlarutan disebabkan perbicaraan hukuman yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini kerana pandemik Covid-19. Ramai tidak berpuas hati kerana Marcella tidak dikenakan hukuman yang lebih setimpal.

Tonton video viral itu di sini.

Baca: “E-mengemis mudah kalau awek yang buat” – Gadis Instafamous Kena Kecam Sebab ‘Minta’ Duit Raya Online

image is not available

Daily Star

Youtube

The Sun

Gambar hiasan