“Pesakit makan marmot”- Terbaru! China Kesan Wabak Bubonik, Mampu Membunuh Dalam Tempoh 24 Jam

Health & Fitness
6 Jul 2020 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Pesakit makan marmot”- Terbaru! China Kesan Wabak Bubonik, Mampu Membunuh Dalam Tempoh 24 Jam appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, China sekali lagi menjadi tumpuan dunia selepas mencatatkan dua kes jangkitan baru wabak Bubonik yang dikesan di bandar Utara China pada Ahad.

Sebelum ini media tempatan Xianhua ada melaporkan yang terdapat 2 pesakit disyaki dijangkiti wabak Bubonik di wilayah Khovd, Barat Mongolia.

Pesakit yang masing-masing berusia 27 dan 17 tahun itu dijangkiti wabak tersebut selepas menikmati haiwan Marmot.

image is not available

Mereka disahkan positif selepas dilakukan ujian makmal sebelum ditempatkan di dua buah hospital.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak ini mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

Justeru kerajaan negara itu telah mengeluarkan amaran berhubung wabak Bubonik sehingga hujung tahun ini, malah mereka berpendapat akan ada risiko yang wabak tersebut merebak di bandar berkenaan, lapor Awani.

Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana wabak itu wujud?

Untuk pengetahuan korang, Marmot atau nama saintifiknya Marmota merupakan haiwan dari spesis tupai tanah.

Habitat bagi haiwan yang diletakkan dalam kelas herbivor ini kebanyakannya berada di Asia, Eropah dan Utara Amerika.

Wabak Bubonik pula berpunca dari bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesis tikus, termasuk Marmot.

Sehingga kini dilaporkan seramai 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit telah dipanggil dan diasingkan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Pada tahun lepas, 2 individu di sebuah wilayah di Barat Mongolia, Bayan-Ulhii dilaporkan maut selepas makan daging Marmot mentah.

Baca :

Gambar hiasan