The post “Apa ya motifnya?”-Selepas ‘Cover’ Lagu Blackpink, Seorang Lelaki Bakar Kereta Penyanyi Indo Ini appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
Lagu single terbaru Blackpink ’How You Like That’ sememangnya menjadi trending buat masa ini. Dalam masa yang sama lagu ini turut memecah rekod dunia, meraih 86.3 juta tontonan dalam masa 24 jam, lapor Awani.
Susulan itu, banyak penyanyi yang membuat cover lagu ini. Tidak terlepas juga seorang penyanyi popular dangdut dari Indonesia, Via Vallen, yang mengikut trending masa kini.
View this post on Instagram
Namun, disebalik video cover itu, berlaku satu peristiwa tragis. Difahamkan, selepas dia habis merekodkan lagu itu, kereta mewah miliknya dibakar seorang lelaki.
Takkan lah peminat Blackpink pula kan?
Vallen memberitahu kereta itu diletakkan di kawasan luar rumah kerana dia mahu menggunakan garaj untuk membuat video cover ketika itu, lapor Hot Detik.

Menerusi Instagram penyanyi ini, dia sempat merakam aksi individu tersebut melalui CCTV. Si pelaku itu sempat melarikan diri selepas menyalakan sebuah api yang besar!
View this post on Instagram
Apa yang membuatkan penyanyi ini bertambah sedih, kereta itu dibeli secara tunai dan merupakan salah satu kenderaan kesayangannya.
Kenderaan mewah jenis Toyota Alphard itu dipercayai dibakar oleh lelaki bernama Pije. Individu berkenaan telah pun ditangkap dan dimasukkan ke penjara. Bila di soal selidik, dipercayai dia menyimpan dendam terhadap keluarga Vallen.
Tragedi ini telah mencuri tumpuan netizen di sana, rata-rata mereka memberi kata semangat pada penyanyi ini.
Disebalik musibah ada hikmahnya

Semoga kamu dan keluarga selalu dalam lindungan Allah

Pelaku gak punya akhlak!