“Dah padam tapi…” – Muzik Video ‘How You Like That’ Dari Blackpink Dikecam Sebab Guna Patung Ganesha?

Entertainment
7 Jul 2020 • 5:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Dah padam tapi…” – Muzik Video ‘How You Like That’ Dari Blackpink Dikecam Sebab Guna Patung Ganesha? appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Blackpink baru-baru ini menjadi trending serata dunia selepas membuat comeback dengan lagu terbaru mereka berjudul How You Like That. Muzik video rasmi lagu itu juga telah ditayangkan secara rasmi di Youtube pada 26 Jun lepas dan sehingga kini hampir mencapai 240 juta tontonan.

Namun, menurut SCMP,  ramai peminat berbangsa India kumpulan Kpop itu marah dan mendakwa Blackpink mengeksploitasikan agama dan budaya Hindu kerana menggunakan patung tuhan Ganesha di dalam muzik video tersebut.

image is not available

image is not available

Melalui video tersebut, patung Ganesha itu boleh dilihat ketika babak Lisa menyanyi rap dan sedang duduk di atas kerusi takhta di mana patung tersebut berada di belah kanannya pada minit ke 1:20.

Ramai peminat di Twitter menyatakan kemarahan mereka dengan menggunakan hashtag #YGapologise, #BlackPinkApologise dan #MyCultureIsNotYourAesthetic.

Sejak isu itu menjadi viral, pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment dilaporkan telah ‘membuang’ patung Ganesha itu dari dalam video dan menggantikannya dengan benda lain. Seorang netizen berkata,

Diam diam sunting video dan buat macam tak ada apa yang berlaku. Ianya menunjukkan kalian memang pengecut kerana tiada keberanian untuk membuat permohonan maaf.”

image is not available

Ini adalah antara komen-komen daripada netizen di Twitter:

Mungkin tak ada niat YG Entertainment dan Blackpink untuk mempermainkan sentimen agama mahu pun budaya masyarakat Hindu. Apa-apa pun, harap hal seperti ini jadi pengajaran untuk semua pihak yang terlibat dalam industri hiburan supaya lebih peka dengan isu sensitiviti agama dan kaum lain.

Korang perasan tak patung tu before dorang padam?

Baca: Jisoo Blackpink Trending Di Twitter Lepas Peminat Tak Puas Hati Layanan ‘YG Ent.’ Terhadapnya?

image is not available

Twitter

Twitter

Twitter

The post “Dah padam tapi…” – Muzik Video ‘How You Like That’ Dari Blackpink Dikecam Sebab Guna Patung Ganesha? appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.