OnePlus World Bakal Dilancarkan 1 Oktober Ini – Mungkin Dunia Maya Untuk Peminat

TechnologyDigital
30 Sep 2020 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus adalah jenama yang mempunyai komuniti tersendiri yang aktif, yang mana dipenuhi dengan peminat. Tidak kira melalui Facebook Group, forum rasmi, Telegram dan banyak lagi – ramai meminati OnePlus kerana Oxygen OS serta mempunyai pengalaman penggunaan seakan Android asli bagi peranti mereka dan produk audio yang berkualiti.

image is not available

Terkini, OnePlus dilihat akan melancarkan “OnePlus World” pada 1 Oktober. Tidak pasti apakah ia, ada katakan ia adalah kedai atas talian global, ada juga katakan satu acara misteri untuk OnePlus Watch. Tetapi melalui imej yang OnePlus kongsi, ia mungkin adalah “Dunia OnePlus” dalam versi digital atau realiti maya (VR). Ia mungkin adalah platform di mana peminat-peminat OnePlus boleh berkumpul dengan setiap pengguna mempunyai avatar tersendiri.

Apa-apa pun, maklumat jelas hanya akan diketahui esok sahaja. Sama-sama kita nantikan.