‘Pedih hilang Abah sendiri belum hilang…’ – Bapa mertua Iesya Toh meninggal dunia

2 Sep 2020 • 10:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENGACARA Iesya Toh berkongsi kesedihan selepas pemergian bapa mertuanya, Muhamad Sulaiman yang meninggal dunia dua hari lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Iesya berkata, belum pun hilang kedukaan pemergian bapa kandungnya, Allahyarham Sanny Toh Abdullah dua tahun lalu, dia kini kehilangan bapa mertuanya pula.

“Walaupun cucu-cucu Abah meriah, tapi bacaan mengaji Abah tetap jelas kami dengar, kenapa hari ni Iesya dengar Abah? Tapi sayup saja.

“Pedih kehilangan Abah sendiri belum hilang, baru bermanja dengan Abah mertua, ALLAH ambil pula. Redha abah, sangat redha. Apatah lagi nampak abah senyum lebar.

“Abah tenang di sana ya, Abah teruskan senyuman itu sampai saat kita berjumpa semula, soal Mama, kami semua akan terus membahagiakan, walau tak sama macam Abah belai Mama,” luahnya.

View this post on Instagram

Sudut abah mengaji

image is not available
image is not available Walaupun suara cucu2 Abah meriah…Tapi bacaan ngaji abah tetap jelas kami dengar.. Kenapa hari ni iesya dgr abah?? Tapi sayuppppp jeimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available Pedih hilang abah sendiri, belum hilang…..baru bermanja dgn Abah mertua, Allah ambil pulaimage is not available redha abah.. sgt redha.. apatah lagi nmpak abah senyum lebar!! Ya Allahimage is not availableimage is not available Abah, tenang disana ya.. Abah teruskan senyuman tu smpai saat kite bjumpa semula.. Soal mama, kami semua akan terus membahagiakan. Even tak sama mcm Abah belai mama…image is not available Ya kami hilang abah.. Tapi tak seperit seorang isteri kehilangan suamiimage is not availableimage is not available Al-fatihah buat abah2 tersayangimage is not available Sanny Toh Bin Abdullah (7.2.2018) Hj Muhamad bin Sulaiman (30.8.2020)

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

The post ‘Pedih hilang Abah sendiri belum hilang…’ – Bapa mertua Iesya Toh meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.