Peranti-Boleh Pakai Baharu Zepp Akan Hadir Dengan Skrin Berbentuk Bulat

TechnologyDigital
12 Nov 2020 • 6:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Zepp China hari ini dilihat mengacah kehadiran produk baru pada 18 November ini. Video acah turut dikongsi memperlihatkan rekaan yang bakal dibawakan oleh produk berkenaan.

Ia memperlihatkan sebuah jam tangan yang hadir dengan skrin berbentuk bulat. Selain, turut kelihatan tiga butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam. Tapi sayang, ia hanya sekadar mengacah sahaja, tanpa berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran spesifikasi.

image is not available

Kalau anda perasan, sebelum ini Zepp Global turut menjadualkan sebuah acara pelancaran pada pada 17 November. Jika diteliti, rekaan yang diperlihatkan ini nampak sama seperti pada poster acah sebelum ini – terutamanya pada butang fizikal. Adakah ia dilancarkan di China, sehari selepas pelancaran global? Segalanya bakal terjawab kelak.

Imbas kembali, Zepp sebelum ini sedia hadir dengan rangkaian siri Zepp E yang terdiri dengan dua pilihan berbeza – Zepp E Circle dan Zepp E Square. Spesifikasi dalaman untuk kedua-duanya adalah sama, selain hadir dilengkapi teknologi serba canggih untuk pengalaman penggunaan yang baik.