Jangkitan baharu Covid-19 tertinggi sejak pandemik, catat 4,029 kes

16 Jan 2021 • 6:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 16 JAN: Jangkitan baharu Covid-19 mencatat jumlah tertinggi hari ini sejak pandemik dengan 4,029 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,466 kes diikuti Johor (719), Sabah (449), Kuala Lumpur (347) dan Negeri Sembilan (214) selain lapan kematian dilaporkan.

“Angka ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 155,095 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 37,126 kes.

“Manakala 205 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah terdapat 2,148 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 ialah 117,375 orang.

image is not available

image is not available

 

 

 

The post Jangkitan baharu Covid-19 tertinggi sejak pandemik, catat 4,029 kes appeared first on Selangorkini.