Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat meninggal dunia

Entertainment
27 Feb 2021 • 11:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON veteran Hong Kong, Ng Man Tat dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati pada petang Sabtu.

Menurut laporan, kesihatan Man Tat sudah merosot sejak dua bulan lalu dan semakin kritikal sebelum diletakkan di unit rawatan rapi di Hospital Union, Hong Kong.

“Beberapa organ dalamannya sudah tidak berfungsi sejak beberapa hari lalu dan doktor memberikan ubat supaya dia tidur. Dia pergi dengan tenang,” ujar wakil keluarga Man Tat.

image is not available
Man Tat dan Stephen (depan, dua dari kanan) sering bekerjasama dalam beberapa buah filem komedi Hong Kong seperti The Final Combat, All For The Winner dan Shaolin Soccer.

Ng memulakan karier seninya ketika berusia 22 tahun pada 1973 dan cukup dikenali dalam filem bersama pelakon dan pengarah Stephen Chow seperti The Final Combat, All For The Winner dan Shaolin Soccer.

Mendiang pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem Hong Kong pada tahun 1991 kerana lakonan berkesannya dalam A Moment of Romance.

The post Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.