Warga Emas Pinang Si Ibu Tapi Dapat Menikah Dengan Anak, Siap Bagi Mahar 1 Juta Rupiah & Tanah 1 Hektar!

Entertainment
9 Apr 2021 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Warga Emas Pinang Si Ibu Tapi Dapat Menikah Dengan Anak, Siap Bagi Mahar 1 Juta Rupiah & Tanah 1 Hektar! appeared first on Lobak Merah.

Begitulah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu, kan?

Inilah yang berlaku kepada seorang warga emas bernama Bora, 58, apabila tular gambar perkahwinannya dengan isteri, Ira Fazilah yang berusia 19 tahun di media sosial Indonesia.

Menurut Tribunnews, perkahwinan yang berlaku di Sulawesi ini telah menjadi buah mulut netizen selepas tersebar kisah di sebalik pernikahan tersebut.

image is not available

Warga emas itu pada awalnya dikatakan ingin melamar si ibu, namun lamarannya ditolak dan si ibu telah menawarkan anak gadisnya untuk dijadikan isteri kepada lelaki berkenaan.

Menyetujui rancangan tersebut, pasangan ini kemudian telah melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 7 April lepas dengan pihak lelaki memberi mahar sebanyak Rp 1 juta (RM283) serta sebidang tanah seluas 1 hektar. Wah! 

image is not available

Menurut laporan media Indonesia, Bora sebelum ini tidak pernah berkahwin dan telah menghabiskan usia bujangnya dengan merantau untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, Ira Fazilah pula seorang anak yatim dan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Dia juga datang daripada keluarga yang susah kerana ibu bapanya sudah bercerai dan hanya dibesarkan oleh ibunya saja yang bekerja sebagai petani.

Perkahwinan tersebut juga tiada unsur kahwin paksa macam korang tengok kat drama-drama sinetron tapi ia adalah atas dasar suka sama suka memandangkan hubungan akrab yang dimiliki oleh keluarga tersebut dengan warga emas terbabit.

Nah tengok video perkahwinan mereka kat bawah ni. Sweetnya… 

Semoga berbahagia pakcik dan isteri… 

Baca: “Jodoh tu kan rahsia Allah” – Beza 41 Tahun, Pemuda 24 Tahun Kahwini Ibu Angkat Warga Emas Umur 65 Tahun

image is not available

Tribunnews

World Today News

The post Warga Emas Pinang Si Ibu Tapi Dapat Menikah Dengan Anak, Siap Bagi Mahar 1 Juta Rupiah & Tanah 1 Hektar! appeared first on Lobak Merah.