Menerusi Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perincian kes menunjukkan Selangor kekal di tangga teratas dengan 2,642 kes. Ia diikuti dengan Johor (664 kes), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (604 kes).
Kelantan : 425 kes Perak : 218 kes Kedah : 336 kes Melaka : 258 kes Pahang : 211 kes Terengganu : 268 kes WP Labuan : 63 kes WP Putrajaya : 23 kes Perlis : 8 kes
Rata-rata netizen yang menerima berita kenaikan kes ke angka yang tinggi hari ini menyatakan kebimbangan mereka dan berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.
Sama-sama kita doakan semoga semuanya beransur pulih tidak lama lagi dengan perlaksaan PKP ini.