“Saya doakan pemikiran awak berubah” – Maryam Duriankimchi Terkilan Netizen Sampai Doakan Kematian Anak Dalam Kandungan

Entertainment
28 May 2021 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Saya doakan pemikiran awak berubah” – Maryam Duriankimchi Terkilan Netizen Sampai Doakan Kematian Anak Dalam Kandungan appeared first on Lobak Merah.

Sepanjang minggu ini, pasangan Duriankimchi menjadi sebutan ekoran dengan kes isu parking kereta Neelofa di perkarangan mahkamah dan lawak mengenai pakaian tradisi Iban yang dianggap tiada sensitiviti di mata netizen.

Tidak dinafikan, kecaman demi kecaman dilemparkan kepada mereka sehinggakan ada peguam sendiri memberikan kenyataan mengenai isu ini.

Namun begitu, biarpun kesalahan mereka ini agak besar di mata warganet, ada netizen melemparkan tohmahan yang agak keterlaluan.

 

Tolong jangan cakap perkara buruk dekat anak saya

Terbaru, selepas Ryzal, Maryam juga ada membuat permohonan maaf menerusi Instagram miliknya dan ia mengundang simpati orang ramai apabila melihat dirinya menangis sampai bengkak mata.

Bagi yang tak tahu, wanita dari Korea ini sedang berbadan dua dan ia membuatkan ramai netizen bertambah kesian melihat keadaan Maryam.

Disebabkan itu, ia makin mengguris hatinya apabila ada netizen yang mendoakan bukan-bukan pada kandungannya.

Individu tersebut begitu lancang berkata agar kandungan Maryam mati disamping melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

image is not available

 

Tolong jangan cakap benda buruk pasal anak saya lagi, anak saya bukan haram dan tolong jangan serang ahli keluarga kami, tolonglah”

image is not available

Walau bagaimanapun, Maryam Younarae berkata, dia mendoakan agar individu tersebut berubah dan cuba memaafkan individu tersebut.

Aduhai, tak perlulah sampai macam ni, kadang-kadang rasa tak sensitif si tukang kecam tu lagi teruk daripada silap yang seseorang tu dah buat.

 

Baca : “Nampak mata Maryam bengkak” – Netizen Simpati Lihat Maryam Duriankimchi Menangis, Mohon Maaf Atas Kesalahan Suami

image is not available

The post “Saya doakan pemikiran awak berubah” – Maryam Duriankimchi Terkilan Netizen Sampai Doakan Kematian Anak Dalam Kandungan appeared first on Lobak Merah.