Realme GT 5G Versi Global Bakal Dilancarkan Pada 15 Jun Ini

TechnologyDigital
9 Jun 2021 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Imbas kembali, Realme telah dilaporkan bakal hadir dengan dua buah model berbeza di bawah siri Realme GT untuk pasaran global tidak lama lagi. Salah satu daripadanya bakal dilancarkan sekitar bulan ini, sementara itu sebuah lagi model lain bakal tiba menjelang Julai depan.

image is not available

Pelbagai persoalan yang melibatkan model-model berkenaan kini terjawab apabila Realme berkongsi maklumat lanjut mengenainya menerusi sebuah hantaran terkini di media sosial rasmi. Melaluinya, model yang bakal diperkenalkan pada bulan ini adalah Realme GT 5G dan acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 15 Jun 2021. Ianya akan diadakan secara atas talian menerusi laman rasmi Realme di Facebook, Twitter dan Youtube.

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, terdapat beberapa sumber mengatakan harga untuk peranti pintar ini telah diperlihatkan secara tidak sengaja menerusi laman web Realme Eropah. Harganya adalah sekitar €550 (~RM2,758) untuk model dengan variasi RAM 12GB bersama storan dalaman 256GB – sekaligus akan menjadi antara telefon pintar dengan cip Snapdragon 888 mampu milik untuk pasaran Eropah.

image is not available

Bagaimanapun, hasil tinjauan kami mendapati hantaran berkenaan telah diturunkan daripada laman web tersebut. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi untuk kemaskini lebih lanjut.

Sumber : Realme Malaysia