Pengecas 65W Samsung dikesan dalam pengkalan data pihak berkuasa Denmark

Digital
26 Jul 2021 • 3:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Samsung mungkin akan sertai barisan pengecasan pantas melebihi 50W pengeluar-pengeluar lain apabila prototaip pengecas 65W telah diluluskan pihak berkuasa Denmark.

Daripada imej yang dikongsikan, pengecas dengan nombor EP-TA865 itu mampu menampung pengecasan pada kadar sehingga 20V, 3.25A menggunakan piawaian USB-PD.

image is not available

Setakat ini, pengecasan pantas yang Samsung tawarkan cumalah setakat 45W, itupun tidak ditawarkan bersama-sama peranti sebaliknya perlu dibeli secara berasingan. Pada segi harga, bersiap sedialah untuk tepuk dahi.

Versi 45W sahaja sudah berharga RM199 inikan pula 65W.

image is not available

Dalam kategori pegecasan 65W, OPPO sudah lama menawarkannya melalui SuperVOOC 2 Flash Charging di OPPO R17 Pro tahun 2018.

Sumber: GSMArena

The post Pengecas 65W Samsung dikesan dalam pengkalan data pihak berkuasa Denmark appeared first on SoyaCincau.com.